34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Dakwa Sering Berkepit Dengan Norman Sebab Sudah Kaya, Abby Abadi Bersuara – ‘Pergi Sekali Memang Sebab Anak-Anak’

    Shopee Sale

    Pelakon, Abby Abadi tampil menjelaskan dakwaan dirinya tidak dapat melupakan bekas suaminya, Norman Hakim hanya kerana sering menghabiskan masa bersama dan anak-anak.

    Artikel Berkaitan: Dikecam Kerana Tuntut Semula Hutang Mas Kahwin, Abby Abadi Seloroh – ‘Ada Kacau Duit Pencen Sesiapa Ke?’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Nak Kita Berkumpul Selalu, Bukan Hanya Di Dunia Tetapi Akhirat’ – Abby Abadi Titip Ucapan Sempena ‘Birthday’ Norman Hakim

    ‘Macam-macam jenis manusia’

    Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, menjelaskan ucapan istimewa yang dititpkan buat Norman bersempena ulang tahun kelahirannya adalah dibuat secara awam.

    Ucapan itu juga merangkumi tanggungjawabnya sebagai seorang bapa terhadap anak-anak mereka.

    Ringkas saja ucapan saya untuk Norman. Ada nampak macam tidak boleh move on ke? Point saya tentang dunia dan akhirat, tanggungjawab dan syurga.

    Boleh tanya anak-anak saya, saya dengan Norman kawan saja. Baik kerana Allah sebab ada anak-anak.

    Dalam pada itu, pelakon filem Gerak Khas The Movie itu juga menjelaskan percutian bersama kedua-dua keluarga itu ke Jepun adalah demi anak-anak.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Ibu Pernah Dicek*k Kawan Sendiri Yang Kena Rasuk, Tapi Dia Sempat Larikan Diri Bawa Saya’ – Diana Danielle

    Jelas Abby, bekas suaminya tidak menanggung sepenuhnya perbelanjaan percutian itu, sebaliknya mereka berkongsi membayar perbelanjaan bersama.

    Saya baik dengan Norman sebab kaya? Saya pun ada rezeki saya. Pergi (bercuti) sekali ni memang sebab anak-anak dan saya bayar sendiri untuk suami dan anak-anak kecil saya.

    Makan dan minum pula bayar sama-sama. Kami gilir-gilir bayar. Norman tidak tanggung saya dan dari saya kahwin sampai anak-anak besar tidak pernah saya mengendeng duit dia.

    Abby menjelaskan perkara itu selepas ada pihak mendakwa dia sering mendekati Norman kerana aktor tersebut sudah berkemampuan.

    Sebelum ini, aktres itu menitipkan ucapan buat bersempena ulang tahun kelahiran ke-50.

    Bagaimanapun, perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

    Sumber: Threads

    The post Netizen Dakwa Sering Berkepit Dengan Norman Sebab Sudah Kaya, Abby Abadi Bersuara – ‘Pergi Sekali Memang Sebab Anak-Anak’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah