28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: ‘Saya Takut Hilang Satu-Persatu Insan Tersayang’ – Luahan Sharifah Shahirah Undang Sebak

    Shopee Sale

    Semakin menghargai kehadiran insan tersayang dalam kehidupan, penyampai radio, Sharifah Shahirah mengakui kini dihantui perasaan takut sekiranya terpaksa berdepan dengan kehilangan orang yang disayangi.

    Biarpun bersyukur dengan segala nikmat yang dimiliki, Shahirah tidak menafikan bahawa memikirkan kemungkinan kehilangan ahli keluarga, khususnya suami tercinta, menjadi antara kerisauan terbesarnya ketika ini.

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Salah Satu Nikmat Allah Paling Besar, Saya Masih Ada Mak Untuk Mengadu’ – Sharifah Shahirah

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Jual Air Balang Pun Tetap Anak Artis’ – Sharifah Shahirah Anggap Fenomena ‘Nepo Baby’ Sudah Jadi Lumrah

    ‘Takut Hilang Orang Tersayang’

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen #POVXTRA kali ini, penyampai radio, Sharifah Shahirah meluahkan rasa syukur dengan kehidupan yang dimilikinya ketika ini, namun mengakui semakin bimbang memikirkan kemungkinan kehilangan insan tersayang.

    MENARIK:  ‘Dah Lah Aku Tak Diizinkan Kerja, Nafkah Pun Hmm..Takut Sangat Eh Aku Berduit?’ – Fara Salleh Fail Cerai, Dakwa Shuk Sahar Lebihkan Kawan

    Menurut Shahirah, dia kini lebih banyak belajar menerima setiap ketentuan Allah SWT dengan hati yang reda, selain menghargai setiap detik bersama keluarga.

    Saya bersyukur sangat-sangat dengan apa yang saya ada sekarang. Saya juga banyak reda dengan ketentuan Allah SWT. Alhamdulillah.

    Cuma sekarang ini saya kerisauan lebih kepada saya akan hilang satu-persatu yang kita sayang. Contohnya momen seperti ini bila dapat tengok mata suami, dia masih hidup lagi, Alhamdulillah syukur saya tenang.

    Sentiasa Bersyukur, Belajar Lihat Ujian Orang Lain

    Dalam masa sama, Shahirah turut berkongsi cara dirinya berdepan dengan ujian kehidupan, iaitu dengan mengingatkan diri bahawa masih ramai individu lain yang melalui dugaan lebih berat.

    Kalau kita fikir apa yang Allah duga itu, saya sentiasa fikir orang lain hadap lebih teruk dari saya.

    The post POV XTRA: ‘Saya Takut Hilang Satu-Persatu Insan Tersayang’ – Luahan Sharifah Shahirah Undang Sebak first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah