Ramai antara kita mungkin fikir kalau masih boleh nampak dengan jelas, maksudnya mata dalam keadaan baik.
Tapi sebenarnya, sesetengah masalah mata boleh berlaku secara perlahan tanpa menunjukkan simptom yang ketara pada peringkat awal.
Sempena World Sight Day 2026, Focus Point Vision Care Group Sdn Bhd (Focus Point) kembali membawa kempen ‘Love Your Eyes’ bagi menggalakkan rakyat Malaysia lebih peka terhadap kesihatan mata dan kepentingan pemeriksaan secara berkala.

Menurut Focus Point, masalah seperti rabun jauh atau myopia dalam kalangan kanak-kanak semakin menjadi perhatian, terutamanya dengan peningkatan aktiviti jarak dekat dan penggunaan peranti digital.
Golongan dewasa dan warga emas pula perlu lebih peka terhadap masalah seperti katarak dan glaukoma, manakala individu yang menghidap diabetes turut berisiko mengalami komplikasi mata seperti diabetic retinopathy.
14 tahun bawa kesedaran kesihatan mata

Selama 14 tahun, Focus Point telah menjalankan pelbagai inisiatif sempena Hari Penglihatan Sedunia termasuk pendidikan kesihatan mata, program komuniti dan pemeriksaan penglihatan percuma.
Sejak 2024, usaha ini telah mencapai lebih 120,000 individu, menaja lebih 3,400 pasang cermin mata serta melibatkan lebih 200 sekolah menerusi pelbagai program kesihatan mata.
Tahun ini, Focus Point turut memperkukuh kerjasama bersama agensi kerajaan, institusi pendidikan, NGO dan komuniti untuk menjadikan penjagaan mata lebih mudah diakses.
Antaranya termasuk kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang untuk pemeriksaan penglihatan di ratusan sekolah serta program FOCUS4Sight bersama Nanyang Siang Pau yang telah berlangsung lebih 14 tahun.
Bawa penjagaan mata lebih dekat dengan komuniti

Usaha Focus Point bukan sekadar pemeriksaan mata.
Menerusi Beyond Vision Walk 2026 bersama Malaysia Association for the Blind (MAB), lebih 200 peserta berpeluang merasai pengalaman berjalan dengan mata ditutup bagi memahami secara ringkas cabaran yang dihadapi individu dengan masalah penglihatan.
Di Lahad Datu, Sabah pula, program FOCUS4Sight – Bringing Vision Home yang berlangsung pada 8 hingga 10 September lalu berjaya mencapai 149 peserta komuniti. Sebanyak 56 pasang cermin mata kitar semula turut diagihkan, selain 80 pasang cermin mata hitam kepada komuniti pulau tempatan.

Focus Point juga bakal bekerjasama dengan Pelangi Publishing untuk menghasilkan buku pendidikan mengenai kesihatan mata dan tabiat penglihatan yang baik, khususnya untuk kanak-kanak, ibu bapa dan pendidik.
Pada masa sama, syarikat itu terus menyokong generasi baharu optometris menerusi program pinjaman pengajian dan biasiswa.
Roadshow Hari Penglihatan Sedunia

Kalau dah lama tak buat pemeriksaan mata, mungkin ini masa yang sesuai untuk ambil tahu keadaan mata sendiri.
Focus Point World Sight Day 2026 Roadshow telah berlangsung pada 11 Oktober 2026 di Ground Floor, Centre Court, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, dengan kerjasama ZEISS Vision Care.
Tak sempat singgah ke roadshow ini? Korang masih boleh mengunjungi mana-mana cawangan Focus Point untuk mendapatkan pemeriksaan mata dan mengetahui lebih lanjut tentang penjagaan kesihatan mata.
Menariknya, ZEISS VISUREF 1000 turut menyediakan akses keutamaan kepada orang awam berusia 65 tahun ke atas serta mereka yang memerlukan bantuan mobiliti tambahan untuk pengalaman pemeriksaan yang lebih selesa.
Mesej Focus Point sempena World Sight Day tahun ini mudah saja iaitu ‘Love Your Eyes’.
Sebab menjaga mata tak sepatutnya hanya dilakukan bila penglihatan mula bermasalah. Pemeriksaan berkala dan pengesanan awal juga penting untuk memastikan kesihatan mata sentiasa diberi perhatian.
The post Ingat Nampak Jelas Mata Korang Sihat? – Ramai Silap, Rupanya Boleh Ada Komplikasi Senyap! first appeared on OHBULAN!.





