Pelakon Nora Danish mengakui dirinya sentiasa mengharapkan kehadiran seorang lelaki beriman yang mampu menjadi teman hidup meskipun sudah dua kali melalui kegagalan dalam perkahwinan.
Artikel Berkaitan: Nora Danish Titip Pesan Buat Wanita – ‘Cari Suami Mampu Bimbing, Faham Agama & Berusaha Mengamalkannya’
Artikel Berkaitan: Nora Danish Akui Risau Soal Cinta – ‘Bukan Takut Terluka, Bimbang Lukakan Hati Yang Ikhlas Menyayangi’
Tak pernah tutup pintu hati

Ketika ditemui , Nora, 44, berkata, mendapatkan pasangan yang baik sememangnya menjadi impian setiap wanita.
Tambah Nora, dia kini memilih untuk lebih memberikan perhatian kepada diri sendiri selepas menerima pelbagai nasihat daripada orang ramai.
Sebenarnya dapat lelaki yang beriman adalah impian semua orang. Kalau dapat Alhamdulillah.
Dulu saya memang mencari. Saya perlukan teman. Tapi bila dah dapat banyak nasihat daripada orang ramai, saya lebih fokus pada diri sendiri sekarang.
Nora berkata demikian ketika ditemui pada sesi pengambaran drama TV3, Perempuan Sesudah Lafaz di UniKL, hari ini.
Dalam pada itu, Nora turut menjadikan pasangan selebriti seperti Neelofa dan PU Riz serta Bella Astillah dan Syed Saddiq sebagai inspirasi dalam soal hubungan dan jodoh.
Bila tengok Neelofa dan Pu Riz serta Bella Astillah dan Syed Saddiq kita boleh ambil inspirasi tapi dapat tak dapat tu, kita tak tahu la. Kita hanya berdoa saja.
Mengulas lanjut, Nora tidak menafikan bahawa kegagalan dalam perkahwinan merupakan sebahagian daripada ujian kehidupan yang perlu dihadapi.
Selain itu, Nora menegaskan bahawa pintu hatinya sentiasa terbuka untuk kembali mendirikan rumah tangga demi mencari kebahagiaan bersama pasangan yang tepat.
Gagal dalam perkahwinan itu perkara biasa. Itu ujian. Saya tak tahu lagi apa nasib untuk perkahwinan kali ketiga. Mungkin menjadi atau tidak. Itu semua lumrah kehidupan. Nak dapat yang sempurna itu tak mudah.
Saya tak pernah tutup hati. Saya memang memerlukan cinta dalam hidup. Saya sentiasa berdoa Allah berikan jodoh yang terbaik.
Terdahulu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan Putra Rayqal sebelum bercerai dua tahun kemudian.
Pada 2017, dia mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri tetapi perkahwinan mereka berakhir pada 19 Jun 2024. Hasil perkahwinan dibina mereka mempunyai seorang putera, Neqayl.
The post [VIDEO] Nora Danish Tak Berhenti Doa, Masih Berharap Dapat Jodoh Beriman – ‘Saya Tak Pernah Tutup Hati’ first appeared on OHBULAN!.





