Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mengakui kontroversi yang melanda dirinya dan suami baru-baru ini turut memberi kesan kepada anak-anak mereka.
Artikel Berkaitan: Badrol Pertahan Watie Hanifiah, Nafi Suara Lelaki Dalam Video Tular Milik Shuib – ‘Itu Suara Saya’
Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Sangkal Dakwaan Kenal Shuib Sebelum Pemergian Arwah Siti Sarah – ‘Tak Pernah Kenal Satu Sama Lain’
Kawan, guru Thalita & Matin tanya
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Watie berkongsi momen di mana anak-anaknya iaitu Thalita dan Matin menceritakan pertanyaan rakan-rakan dan guru mengenai kontroversi yang membabitkan mereka.
Thalita & Matin: Hari ini Mummy ada teacher Matin & Thalita yang tanya dekat kitorang ayah awak okay, mummy awak okay.
Ada kawan-kawan yag bertanya betul ke ‘Mummy & Daddy awak ada hubungan ketika ibu awak masih hidup lagi.
Bagaimanapun, Watie meluahkan rasa terharu dan bangga dengan jawapan matang yang diberikan oleh anak-anaknya.
Mummy: Tersenyum dalam kesedihan sebab jawapan yang anak-anak mummy bagi betul-betul buat Mummy rasa bangga dan syukur punya anak yang sebegini.
Kedua-dua anaknya berharap kejadian itu menjadi pengajaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati ketika berbicara dan menulis serta tidak mudah membuat tuduhan berdasarkan perkara yang dibaca di media sosial.
Thalita: Tata cakap dengan dorang sebenarnya ini bukan ujian Mummy dan Daddy saya seorang tapi ni pengajaran untuk kita juga supaya kita semua kena jaga mulut, jaga penulisan, jangan pernah bercakap pasal orang yang mungkin akan menjadi fitnah.
Matin: Ya matin pun cakap lepas ni apa yang dalam media sosial tu kalau kita terbaca jangan terus percaya dan tuduh sebab benda tu berlaku dekat dalam family aku.
Terima kasih anak-anak. Di waktu dan ketika ini tiada apa yang lebih penting dalam dunia ini selain dari kekuatan dan pandangan.
Sumber: Instagram
The post Anak-Anak Kena Tempias Kontroversi, Watie Bangga Jawapan Thalita & Matin – ‘Jangan Terus Percaya Apa Yang Dibaca Di Media Sosial’ first appeared on OHBULAN!.





