28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nak Memandu Tenang Walau Hujan Lebat? Ini 3 Item TRAPO Wajib Ada Dalam Kereta Korang!

    Shopee Sale

    Musim hujan sering kali menguji kesabaran pemandu. Jalan licin, penglihatan kabur dan situasi tidak menentu boleh mendatangkan risiko jika tidak berhati-hati.

    Oleh sebab itu, penting untuk pastikan kereta dilengkapi dengan aksesori yang bukan sahaja berkualiti, tetapi juga mampu memberikan perlindungan tambahan ketika cuaca tidak menentu.

    Di sinilah TRAPO, jenama aksesori kereta terkemuka di Malaysia, tampil dengan penyelesaian yang bijak. Dari wiper kalis air, car mat anti-slip hinggalah ke dashcam canggih, setiap produk TRAPO direka untuk memastikan korang memandu dengan lebih yakin, selamat dan bergaya, walaupun dalam hujan lebat sekalipun.

    Dan sempena 11.11 Mega Sale, inilah peluang terbaik untuk naik taraf kereta korang dengan tawaran TRAPO yang sukar dilepaskan.

    1. Pandangan jelas dan pemanduan lebih tenang dengan wiper kalis air

    Kalau tengah hujan, wiper yang bagus boleh jadi penyelamat utama. Trapo Hydrophobic Car Wiper Blades ni lain macam sikit sebab setiap sapuan dia akan hasilkan lapisan kalis air yang buat titisan hujan menolak terus dari cermin.

    Ia juga ada kesan ‘water-beading’ yang kuat, jadi takkan ada air berkumpul dan mengganggu pandangan korang.

    Selain tu, wiper ni mudah dipasang, senyap masa digunakan dan tahan suhu tinggi sampai 250°C. Paling best, ia juga tahan lama, boleh digunakan sehingga dua tahun tanpa hilang prestasi.

    Setiap kali wiper ni bergerak, korang boleh rasa perbezaannya kerana pandangan jadi lebih jelas dan pemanduan pun lebih yakin. Korang boleh beli di sini.

    2. TRAPO Car Mat, anti-slip dan tahan lasak

    Masuk kereta dengan kasut basah atau penuh lumpur lepas hujan? TRAPO Car Mat direka bukan sekadar untuk lindungi lantai, tapi untuk selesaikan masalah pemandu harian dengan inovasi sebenar.

    Tiga variannya iaitu ECO, Classic dan HEX, kesemuanya dilengkapi CloudFlex dan Anti-slip Technology yang membezakan TRAPO daripada jenama lain.

    Lapisan CloudFlex berfungsi sebagai kusyen lembut berdensiti tinggi yang menyerap hentakan, mengurangkan bunyi dan beri rasa lebih empuk di bawah kaki.

    Ia juga melindungi lantai asal kereta daripada air bertakung, batu kecil dan calar, sambil kekalkan bentuk mat walau digunakan lama.

    Manakala Anti-slip Technology memastikan karpet kereta kekal di tempatnya walaupun lantai basah hasil gabungan corak micro-grip dan titik pengunci (improved velcro) yang kuat.

    Reka bentuknya turut mempunyai saluran terangkat untuk menahan air dan lumpur, menjadikan kabin sentiasa bersih.

    Tambahan pula, ia kalis air, antibakteria, anti-kulat dan mudah dicuci, cukup sekadar lap atau bilas untuk nampak macam baru.

    MENARIK:  Perkongsian Ustaz Azhar Idrus tentang Hukum Wanita dalam Tempoh Edah Ketika Melawat Kubur Suami

    Dengan gabungan CloudFlex + Anti-slip Technology, TRAPO bukan sekadar mat kereta biasa, tapi satu sistem perlindungan lantai yang selesa, stabil dan tahan lama.

    Senang cerita, lantai kereta korang akan kekal bersih, tak licin dan tak berbau walaupun hari hujan berpanjangan. Dapatkan di sini.

    3. Dashcam Trapo i-Sight S650, aksesori tambahan untuk keselamatan korang

    Bila hujan lebat, risiko kemalangan memang lebih tinggi. Jadi kalau korang nak rasa lebih tenang masa memandu, Trapo i-Sight S650 2K Dashcam ni memang wajib ada.

    Dengan rakaman depan 2K dan belakang Full HD, setiap detik perjalanan korang akan dirakam dengan jelas sama ada siang atau malam.

    Dashcam ni dilengkapi teknologi Super Night Vision yang memastikan rakaman tetap terang walau jalan gelap. Korang juga boleh kawal fungsi utama guna suara je dengan Smart Voice Control, tanpa perlu lepaskan tangan dari stereng.

    Selain tu, ia ada GPS terbina dalam untuk jejak kelajuan dan lokasi, 24-Hour Parking Monitoring yang pantau kereta walau dah parking, serta ADAS Support yang beri amaran awal bila ada bahaya di depan.

    Semua ni boleh diakses terus dari aplikasi melalui sambungan Wi-Fi. Pendek kata, dashcam ni umpama mata tambahan yang jaga korang setiap kali keluar memandu. Korang boleh beli di sini.

    TRAPO 11.11 Mega Sale, ini masa terbaik upgrade kereta korang

    Nak tunggu bila lagi? Inilah masa paling sesuai untuk korang dapatkan produk TRAPO dengan harga menarik sempena 11.11 Mega Sale, dari 9 hingga 13 November 2025.

    Antara tawaran terbaik termasuk Storewide 11% OFF + Member Extra 11% OFF, serta Trapo ECO Car Mats dengan diskaun 25%.

    Untuk 11.11 sahaja, korang boleh dapat Car Care Bundle (Rainguard, Shineguard, Plastiguard – 150ml) dengan harga hanya RM33.

    Selain tu, beli Pro Mitten akan dapat percuma Premium 3-IN-1 Glove, dan kalau beli Premium 3-IN-1 Glove, korang pula dapat Pro Mitten secara percuma.

    Hujan bukan alasan untuk rasa tak selesa atau kurang yakin di jalan raya. Dengan rangkaian produk daripada TRAPO, korang boleh memandu dengan lebih selamat, bersih dan bergaya, tak kira cuaca macam mana pun.

    Jadi, jangan tunggu lama. Terus ke TRAPO sekarang dan rebut tawaran eksklusif sempena 11.11 Mega Sale sebelum ia berakhir.

    The post Nak Memandu Tenang Walau Hujan Lebat? Ini 3 Item TRAPO Wajib Ada Dalam Kereta Korang! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah