Penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat, mencuri perhatian di media sosial selepas meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir individu yang kurang berhati-hati ketika membuka pintu kereta di kawasan parkir.
Artikel Berkaitan: ‘Ada Juga Yang Tak Nak Bagi Naik Lif, Tapi Saya Chill Saja’ – Ayda Jebat
Artikel Berkaitan: ‘Zaman Sekarang, Yuran Sekolah Anak Bukan Main Mahal’ – Ayda Jebat
Pintu kereta dihentak

Menerusi hantaran di platform Threads, Ayda atau nama lengkapnya Nur Suhada Jebat, 33, berkongsi pengalaman yang menimbulkan rasa marah dan kecewa apabila pintu keretanya terhentak dua kali oleh kenderaan diparkir di sebelahnya.
Menurut Ayda, individu berkenaan bukan sahaja membuka pintu kereta seluas-luasnya hingga terkena pintu kenderaannya, malah langsung tidak menunjukkan rasa bersalah.
Nak marah, tapi tengah sabar. Korang pernah tak, orang sebelah baru nak masuk dalam kereta tapi jenis buka pintu sampai kena pintu kereta korang?
Selepas itu, tiada minta maaf ke apa, masuk kereta buat bebal.
Terkilan bila keluarga individu turut lakukan perkara sama

Dalam hantaran yang sama, pelantun lagu Pencuri Hati memaklumkan insiden tersebut turut melibatkan ahli keluarga individu berkenaan apabila kedua-dua pintu hadapan dan belakang keretanya turut terkena.
Berserta ahli keluarga lain. Pintu hadapan dan belakang kedua-duanya kena.
Bila kita keluar, check pintu kereta kita, dia tengok kita macam ‘apahal you nak check-check?’ Eh aku la… calar tau tak! At least say sorry boleh kan?
Sumber: Threads
The post ‘Nak Marah Tapi Tengah Sabar’ – Ayda Jebat Geram Pintu Kereta ‘Dihentak’ Di Parkir, Tiada Kata Maaf Diberi first appeared on OHBULAN!.





