30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cuba PM beritahu siapa pemimpin Umno tersebut – Akmal

    Shopee Sale

    Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya menamakan pemimpin Umno yang didakwa membantah tindakan kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan kepada negeri-negeri ditadbir PN.

    Akmal berkata, Anwar selaku Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan berkaitan peruntukan kerajaan dan tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab itu kepada pihak lain.

    “Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia. Kuasa itu berada di tangan PMX (Anwar).

    “Kalau PMX beritahu sahaja, terus perkara ini boleh disalurkan. Bukan di tangan Timbalan Perdana Menteri,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

    Akmal berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa terdapat pemimpin Umno yang mempersoalkan keputusannya meluluskan bantuan kepada negeri-negeri pembangkang seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu.

    Ketika menafikan dakwaan bahawa pentadbirannya meminggirkan negeri-negeri yang diterajui PN, Anwar mendakwa pemimpin Umno pernah membantah pemberian peruntukan berkenaan.

    MENARIK:  KPM laksanakan PdPR jika IPU lebih 200

    “Rakan-rakan saya di Kedah, Kelantan dan Terengganu, banyak tegur saya. Banyak rakan-rakan dalam Umno tegur.

    “(Mereka dalam Umno berkata) ‘Anwar, ini dasar yang salah. Kenapa bantu?’

    "Walaupun dia nampak bekerjasama di peringkat negeri, tetapi mereka tidak setuju saya luluskan bantuan untuk Kelantan, Terengganu dan sebagainya,” katanya.

    Sementara itu, Akmal berkata, jika dakwaan itu benar, Perdana Menteri perlu menjelaskan identiti individu terbabit kepada umum.

    “Cuba PMX beritahu siapa pemimpin Umno tersebut, kami pun nak tahu juga. Atau perlu tunggu tiga tahun lagi baru boleh beritahu?" tambah Akmal secara sinis.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah