30.2 C
Kuala Lumpur
Monday, August 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kesan Lebam Di Mata Kiri Cetus Tanda Tanya, Shatirah Amanda Pilih Untuk Terus Berdiri

    Shopee Sale

    Kemunculan penyanyi dan pelakon Shatirah Amanda dengan kesan lebam pada bahagian mata kirinya baru-baru ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan ramai.

    Enggan memperincikan kejadian sebenar atau menuding jari kepada mana-mana pihak, Amanda bagaimanapun mengakui pengalaman tersebut menjadi titik penting yang membuatkan dirinya kembali menilai kehidupan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Badan Daiyan Trisha Lebam, Diserang Anxiety & Infection Ketika Lakukan ..

    ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Kongsi Foto Wajah Lebam, Dedah Trauma Nak Jejak Kaki Ke Pulau Pinang

    Berhenti Berkorban Untuk Orang Lain

    Menurut Amanda yang merupakan finalis XTRA XSTAR 2025, apa yang berlaku menyedarkan bahawa sudah tiba masanya untuk berhenti terlalu banyak berkorban hanya kerana bimbang mengecewakan orang lain.

    “Apabila saya melihat lebam itu, saya mula sedar yang saya tak boleh terus mengorbankan diri semata-mata kerana takut orang lain kecewa. Apa yang terjadi menjadi pengajaran besar untuk saya mula memilih diri sendiri dan meneruskan hidup dengan lebih kuat.”

    View this post on Instagram

    A post shared by Shatirah Amanda (@shatirahamanda)

    Pengalaman tersebut turut memberikan makna lebih mendalam kepada single terbaharunya berjudul Aku Berdiri, ciptaan komposer Sharon Paul.

    ‘Aku Berdiri’ Lebih Dekat Dengan Pengalaman Hidup

    Bagi Amanda, karya itu membawa mesej yang cukup dekat dengan realiti individu yang pernah terperangkap dalam hubungan toksik, khususnya mengenai keberanian untuk melepaskan diri, bangkit dan kembali menghargai diri sendiri.

    MENARIK:  Kanak-Kanak Bawah Umur Hamil 4 Bulan Diperk*sa Bapa Kandung

    “Lagu Aku Berdiri bukan mengenai siapa yang patut dipersalahkan. Sebaliknya, ia tentang keberanian seseorang untuk kembali berdiri selepas terlalu lama kehilangan dirinya sendiri.”

    Amanda berharap mesej yang terkandung dalam lagu berkenaan dapat menyentuh pendengar yang mungkin sedang melalui pengalaman serupa.

    View this post on Instagram

    A post shared by Shatirah Amanda (@shatirahamanda)

    Pada masa sama, dia mahu karya itu menjadi peringatan bahawa seseorang masih mempunyai pilihan untuk keluar daripada keadaan yang menyakitkan dan membina kehidupan yang lebih baik.

    “Kalau lagu ini dapat membuatkan seseorang sedar bahawa mereka masih layak untuk bangkit dan mengejar kebahagiaan, itu sudah cukup besar maknanya buat saya.”

    Amanda turut berharap Aku Berdiri dapat diterima sebagai sebuah karya yang bukan sahaja dekat dengan realiti kehidupan, malah mempunyai nilai dan mesej tersendiri dalam industri muzik tempatan.

    Single Aku Berdiri kini boleh didengari menerusi pelbagai platform digital termasuk YouTube dan Spotify.

    Menerusi karya tersebut, Amanda berharap mesej tentang kekuatan, keberanian dan peluang untuk memulakan semula kehidupan dapat menjadi pemangkin semangat kepada mereka yang sedang memerlukannya.

    The post Kesan Lebam Di Mata Kiri Cetus Tanda Tanya, Shatirah Amanda Pilih Untuk Terus Berdiri first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah