33.3 C
Kuala Lumpur
Monday, August 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiga Individu Bersenjata Disyaki Rompak Kedai Emas Di Genting Highlands

    Shopee Sale

    Polis mengesyaki tiga individu terbabit dalam kejadian rompakan sebuah kedai emas di dalam sebuah pusat membeli-belah di Genting Highlands, hari ini.

    Artikel Berkaitan: Lelaki Bangga Tayang Duit Hasil Rompakan Di TikTok Dicekup Polis – ‘Jumlah Keseluruhan Hampir RM4.5 Juta’

    Rompak

    Memetik Berita Harian, pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata tiga suspek yang bersenjatakan kapak dan kuku kambing itu melakukan rompakan tersebut sekitar jam 11.40 pagi.

    Kata Azry, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti jumlah pekerja yang berada dalam premis perniagaan ketika kejadian berlaku.

    Pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah negeri, bersama anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan polis bantuan Genting Highlands masih di lokasi kejadian.

    Polis turut melancarkan Op Tutup di semua laluan keluar dan masuk ke Genting Highlands untuk mengesan suspek.

    Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan sebuah kedai emas di Genting Highlands didakwa dirompak.

    MENARIK:  ‘Nak Marah Tapi Tengah Sabar’ – Ayda Jebat Geram Pintu Kereta ‘Dihentak’ Di Parkir, Tiada Kata Maaf Diberi

    Dalam masa yang sama, tular visual suspek berpakaian hitam, memakai topi dan membawa guni berlari di dalam kompleks beli-belah berkenaan.

    Sumber: Berita harian

    The post Tiga Individu Bersenjata Disyaki Rompak Kedai Emas Di Genting Highlands first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah