27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nadin Amizah Teruja Beraksi Di Kuala Lumpur Malam Ini, 40 Pemuzik Orkestra Diterbangkan Dari Jakarta

    Shopee Sale



    Penyanyi dan penulis lagu Indonesia, Nadin Amizah mengakui rasa teruja untuk melakukan persembahannya selain mahu menampilkan penampilan baharu pada malam ini di Zepp, Kuala Lumpur.

    Senarai lagu lebih matang

    Ketika ditemui OhBulan, pemilik nama Nadin Amizah Harahap, 25, percaya persembahan Malam Mendengar Nadin Amizah dari Jakarta ke Kuala Lumpur pada malam ini akan dijayakan dengan baik dengan pemilihan lagu yang lebih matang serta berani.

    Jelas Nadin lagi, persembahan pada malam ini membawa konsep istimewa selain seramai 40 pemuzik orkestra dari Jakarta diterbangkan ke ibu kota.

    Ini pertama kali saya membawakan persembahan dengan orkestra.

    Saya datang bersama 40 pemuzik orkestra dari Jakarta, dan saya amat berterima kasih kepada pihak penganjur kerana merealisasikan hasrat besar ini.

    Walaupun di Jakarta saya pernah buat sekali, tetapi di sini, ini pengalaman pertama.

    Difahamkan, lebih daripada 10 lagu akan dipersembahkan dan akan dinyanyikan dalam versi Malam Mendengar di Jakarta sebelum ini.

    MENARIK:  Yusuf Bahrin Mahu Saman Individu, Berang Dilabel Tidak Sekufu – ‘Zizi Kirana Dah Berhijrah, Tapi Dia Masih Dalam Bidang Lakonan’

    Peminat bermain dengan emosi

    Mengulas lebih lanjut, Nadin berkongsi penonton juga dapat menyaksikan hasil kerjasamanya bersama Lasta Pratom yang merupakan pengarah muzik terbaik.

    Saya membuat gubahan muzik sendiri untuk persembahan ini dan saya rasa ini antara diskografi gubahan terbaik saya.

    Setiap susunan muzik ini menggambarkan sisi lembut, indah dan menenangkan yang saya ingin kongsi dengan peminat.

    Ketika ditanya mengenai konsep, Nadin menegaskan orkestra yang dibawanya mampu membuatkan para peminat terbuai dengan rasa emosi selain turut dibantu oleh 20 pemuzik di atas pentas.

    Saya memang impikan untuk buat persembahan yang orang boleh dengar sambil baring.

    Walaupun susah nak laksanakan di sini, saya pilih untuk sampaikan rasa itu melalui muzik orkestra, tapi yang lembut dan mendalam.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah