32.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nadia Kesuma Meninggal Dunia Di Jeddah, Akibat Sakit Jantung

    Shopee Sale

    Kehilangan pelakon Nadia Kesuma, 50, akhirnya terungkai apabila dilaporkan meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.

    Artikel Berkaitan: Nadia Kesuma Hilang Di Jeddah? Sempat Hantar Mesej Kepada Suami ‘I Met Stranger’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yaya Maembong Merayu Minta Bantuan Pempengaruh, Artis & Orang Ramai Viralkan Kes Hilang Nadia Kesuma

    Meninggal dunia sakit jantung

    Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh anak perempuannya di laman Threads yang memaklumkan ibunya sudah kembali ke Rahmatullah pada jam 8.07 malam.

    Kata anaknya yang dikenali sebagai @myyrraaa, arwah ibunya telah dibawa ke hospital pada hari yang sama tiba di Lapangan Terbang Jeddah.

    Bagaimanapun, tiada pihak yang memaklumkan kepada ahli keluarga sehinggalah pada hari Sabtu, jam 11.10 malam.

    MENARIK:  Alif Satar Bangga M Nasir Bergelar Doktor – ‘Terima Kasih Jadi Inspirasi Kami’

    Dalam masa sama, anak perempuannya turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus mendoakan buat arwah ibunya.

    Terdahulu, Nadia dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya dari Kuala Lumpur ke London yang transit sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.

    Menurut agensi Nuh Travel, Nadia atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, merupakan salah seorang jemaah yang menyertai Pakej Umrah Ziarah London dan Paris bersama 21 jemaah lain.

    Sumber: Threads

    The post Nadia Kesuma Meninggal Dunia Di Jeddah, Akibat Sakit Jantung first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah