Pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof berpendapat drama bersiri Cela masih berhati-hati dalam mengetengahkan elemen sensitif dengan memastikan nilai kesopanan serta batas budaya masyarakat Malaysia tidak diketepikan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Eizlan Yusof Sebak Sambut Ramadan & Syawal Tanpa Ibu – ‘Mak Pergi Secara Mengejut, Tiada Tanda Mahu Pergi’
Adegan esktrem

Eizlan, 55, berkata, elemen ‘seksi’ yang cuba diketengahkan menerusi naskhah arahan Feroz Kader itu bergantung kepada pemikiran dan imaginasi penonton, bukannya paparan visual yang keterlaluan.
Bagi saya, adegan dalam drama ini tidak ekstrem dari segi visual. Sebaliknya, lebih kepada bagaimana penonton mentafsir dan membayangkan sesuatu babak.
Penonton sekarang sudah bijak. Mereka boleh memahami sesuatu babak tanpa perlu kita paparkan secara berlebihan.
Kita masih masyarakat Melayu dan Islam yang mempunyai batas serta adab. Jadi, kita tidak boleh terlalu melampaui batas seperti naskhah dari luar negara. Kekuatan Cela terletak pada jalan cerita yang kukuh dan mutu lakonan.
Eizlan berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan tayangan perdana drama Cela yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Tambah Eizlan, tahap keterlaluan dalam Cela juga tidak boleh dibandingkan dengan pengalamannya menjayakan filem Perempuan Melayu Terakhir arahan Erma Fatima pada 1999.
Mengimbas kembali pembabitannya dalam filem tersebut, Eizlan mengakui pernah mengambil risiko besar apabila menjayakan satu babak berbogel.
Pengalaman itu antara cabaran paling sukar sepanjang bergelar pelakon, namun membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai Bintang Harapan Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-14 menerusi filem berkenaan.
Babak itu memang dilakukan sepenuhnya, tetapi ketika penggambaran hanya ada tiga orang di lokasi iaitu ‘focus puller’, penolong pengarah dan pengarah sinematografi (DOP).
Kamera pula merakam dari arah belakang dan bawah. Sebagai pelakon, kita tetap tahu batas yang perlu dijaga dalam industri kita. Bagaimanapun, babak berkenaan akhirnya tidak ditayangkan kepada umum.
50 juta tontonan

Dalam perkembangan lain, Cela telah mencetuskan fenomena di Viu apabila melonjak ke tangga #1, didorong oleh prestasi tontonan yang luar biasa sejak hari pertama tayangan.
Fenomena Cela turut melangkaui skrin apabila kandungan berkaitan drama ini berjaya mencatatkan lebih 50 juta tontonan di media sosial dalam tempoh kurang daripada seminggu tayangan
Selain Eizlan, siri romantik gelap dan thriller psikologi ini menampilkan gandingan sulung Nabila Huda dan Hun Haqeem sebagai teraju utama.
Turut membintangi Cela ialah Zarif Ghazzi, Ellyza Azizi, Lisdawati dan Zain Saidin, serta diiringi lagu tema rasmi Sejambak Bunga nyanyian Ernie Zakri.
The post Eizlan Yusof Anggap Elemen ‘Seksi’ Drama Cela Masih Sopan, Adegan B*gel Dalam ‘Perempuan Melayu Terakhir’ Lebih Mencabar first appeared on OHBULAN!.





