28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nadhir Nasar Nafi ‘Jauh Hati’ Dengan Industri Seni – ‘Saya Bekerja Bukan Fasal Anugerah’

    Shopee Sale

    Pelakon meningkat naik, Nadhir Nasar menjawab spekulasi berkenaan hantarannya di aplikasi X yang didakwa seolah-olah berkecil hati dengan industri hiburan.

    Artikel Berkaitan: Nadhir Nasar Anggap Tak Salah Pelakon ‘Melobi’ Diri Demi Tawaran Kerja – ‘Rezeki Ada Kala Perlu Dicari’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nadhir Nasar Tak Malu Pakai Hadiah Daripada Peminat

    Tak timbul isu

    Ketika ditemui Nadhir atau nama lengkapnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 29, menafikan dakwaan tersebut malah sama sekali tidak wujud perasaan jauh hati terhadap industri seni seperti yang diperkatakan.

    Saya tidak merajuk dengan industri seni. Saya masih lagi berada di sini (industri), masih lagi bekerja dan berlakon. Tidak timbul isu merajuk kepada mana-mana pihak.

    Saya baru lima tahun berlakon. Nak kata bagus sangat pun tidak, banyak lagi saya kena belajar.

    Ramai mungkin cakap kenapa saya tak menang anugerah. Perkara pertama yang saya selalu pegang, kita bekerja bukan fasal anugerah pun.

    Menurut Nadhir, sebagai seorang pelakon, dia tidak pernah meletakkan anugerah sebagai sasaran utama, sebaliknya ketulusan dalam membawa sesuatu watak menjadi tumpuan yang harus diberikan dengan sepenuh hati.

    Kita bekerja dengan ikhlas untuk menjayakan watak diberikan sebagai pelakon. Saya percaya rezeki yang Tuhan beri akan hadir tepat pada masanya.

    Tidak ada apa untuk dikejarkan, saya masih boleh memenangi anugerah bila berusia 42 tahun kalau diberi peluang umur yang panjang. Saya juga masih boleh menang anugerah di usia 55 tahun.

    Tak ada pun yang cakap saya perlu menang anugerah pada waktu kemuncak kerjaya saya sebagai pelakon sekarang ini. Saya bukan begitu.

    Nadhir berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana filem Klepet yang berlangsung di ibu kota pada Khamis.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Tak Follow Sesiapa Di Media Sosial, Bukan Sombong Cuma Untuk Selamatkan Hati’ – Zara Zya

    Trofi FFM

    Sementara itu, pelakon kelahiran Amerika Syarikat tersebut turut mengimpikan untuk mengenggam trofi Festival Filem Malaysia (FFM) suatu hari nanti.

    Kalau boleh memang saya mensasarkan untuk memenangi anugerah di FFM. Semua anugerah sebenarnya adalah yang terbaik tetapi untuk menang itu adalah satu rezeki.

    Alhamdulillah kalau kita menang, ia satu perkara yang boleh dibanggakan kerana kita bekerja keras untuk setiap drama atau filem yang dilakonkan.

    Tiada istilah anugerah mana yang paling hebat atau tidak, semua anugerah adalah kemenangan dan ia diberikan kepada individu yang layak.

    Kalau tak menang, saya akan bekerja lebih keras untuk dapatkan apa yang saya mahu. Itu apa yang saya rasa.

    Terdahulu, ciapan Nadhir menimbulkan persoalan apabila dia meminta peminat untuk tidak membazirkan wang atau masa untuk mengundi dirinya.

    The post Nadhir Nasar Nafi ‘Jauh Hati’ Dengan Industri Seni – ‘Saya Bekerja Bukan Fasal Anugerah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah