
Penyanyi Nabila Razali berkolaborasi bersama penyanyi Den Manjo dengan lagu raya berjudul ‘Raya Mana’ versi Kelantan.
Demi peminat

Pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali akui gementar menyanyikan versi istimewa lagu ‘Raya Mana’ ini dalam loghat Kelantan walaupun sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang berasal dari negeri Pantai Timur itu.
Walau bagaimanapun, Nabila tetap meneruskan demi memenuhi permintaan peminat.
Bagi siapa yang menanti lagu ini dalam versi Kelantan bersama dengan Den Manjo, permintaan anda sudah saya tunaikan.
Sejujurnya saya agak gementar untuk menyanyikan lagu ini kerana loghat Kelantan bukanlah bahasa pertama saya.
Sampaikan sudah menimang cahaya mata pun saya masih lagi belum fasih untuk berbahasa Kelantan.
Tapi tak mengapa, mula-mula menyanyi dahulu, lepas itu mana tahu boleh fasih.
Dibimbing belajar loghat Kelantan

Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Pematah Hati’ itu turut mendapatkan bimbingan daripada Den Manjo agar nyanyiannya tidak kedengaran canggung.
Saya tanya sama ada sebutan saya ini betul atau tidak sebab takut salah. Den pun banyak berkongsi cara pertuturan orang Kelantan.
Insya-Allah, saya harap orang Kelantan tidak marah kalau saya tersalah sebut.
Sekadar info, lagu ‘Raya Mana’ ini berjaya menjadi antara lagu raya yang ‘trending’ dan tular di media sosial.





