29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lee Joon Gi ‘Belanja’ Lima Posing Comel, Peminat Menjerit Kerasukan! Janji Nak Datang Malaysia Lagi

    Shopee Sale



    Pelakon dan penyanyi, Lee Joon-gi akhirnya bertemu peminat di Malaysia menerusi ‘2024 Lee Joong Gi Asian Tour Malaysia’ yang diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

    Lee Joon-gi ‘belanja’ aksi comel

    Tak dinafikan, walaupun ini kali pertama Lee Joon-gi membuat kemunculan di Malaysia tetapi dia menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada para peminat.

    Kelincahan menyanyi sambil menari di atas pentas memukau semua penonton yang hadir di Megastar Arena, Kuala Lumpur.

    Malah pelbagai aktiviti lain turut disajikan sepanjang 3 jam acara berlangsung seperti sesi soal jawab, membaca surat daripada peminat, berlakon di atas pentas dan sebagainya. Tetapi apa yang istimewanya apabila Lee Joon-gi memenuhi permintaan para peminat yang memintanya membuat lima ‘posing’ sweet dan comel!

    Pada awalnya, Lee Joon-gi agak malu untuk melakukan ‘posing’ tersebut namun akhirnya patuh kerana tidak mahu menghampakan semua peminatnya.

    Saya ingatkan kalian semua suka tengok saya ‘cool’ tapi rupanya nak tengok sangat posing sweet.

    Sebenarnya saya tak pandai ‘selfie’ tapi saya akan cuba. Kalian boleh ajar, tunjukkan dekat saya cara ‘posing’ dan saya akan ikut.

    Satu Megastar Arena menjerit seperti kerasukan sebaik sahaja Lee Joon-gi membuat aksi-aksi ‘comel’ di atas pentas.

    MENARIK:  ‘Wanita Boleh Beri Banyak Sekiranya Dia Cukup’ – Tyra Kamaruzzaman Jawab Isu ‘What Women Bring To The Table’

    Selain mendendangkan 16 buah lagu, turut menjadi ‘highlight’ sempena ‘2024 Lee Joong Gi Asian Tour Malaysia’ adalah nyanyian lagu bahasa Melayu berjudul Rasa Sayang yang dihadiahkan khas oleh Lee Joon-gi buat para peminatnya.

    Sementara itu, Lee Joon-gi berjanji akan kembali semula dengan menampilkan persembahan lebih baik buat peminat di Malaysia.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah