26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabila Huda ‘Unboxing’ Dapur Gas Jenama Mewah, Netizen Teka Harga Cecah RM30k? – ‘Queen Of Pasta Dapat Dapur Impian’

    Shopee Sale



    Nabila Huda

    Sepotong video memaparkan pelakon, Nabila Huda sedang ‘unboxing’ set dapur gas baharu miliknya telah menyorot perhatian wargamaya.

    Dapur gas mewah

    Nabila Huda

    Menerusi hantaran di TikTok, Nabila dilihat sedang membuka balutan plastik pada set dapur gas jenama mewah berwarna hitam yang baru dibelinya.

    Dapat dilihat reaksi aktres berusia 43 tahun itu begitu teruja dan gembira dengan set dapur gas yang menjadi kegilaan ramai terutama kaum hawa yang gemar memasak.

    Seksi lah awak (dapur gas) ni, saya geram tak sabar nak masak.

    Menerusi klip sama, Nabila yang mengenakan baju berona biru dilihat sedang memasang dan menyusun bahagian set dapur gas berkenaan.

    MENARIK:  [VIDEO] Diana Rafar Dedah Sifat OCD Zamarul Hisham – ‘Dia Lap Basikal Dari Lepas Isyak Sampai Subuh’

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya ‘melopong’ dan berseloroh mengatakan mereka berasa cemburu.

    Kongsi netizen, jenama tersebut sememangnya menjadi angan-angan oleh setiap suri rumah yang suka memasak di dapur.

    Tidak hanya itu, ada juga netizen yang mendakwa harga set dapur gas itu mencecah RM30,000.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah