MyResipi, platform komuniti makanan digital di bawah REV Media Group, memperkenalkan kempen terbaharu bertajuk ‘Makan Sini Best’ bagi mencari dan mengiktiraf Nasi Lemak paling hebat di Lembah Klang.
Kempen ‘Makan Sini Best’

Keunikan kempen ‘Makan Siki Best’ terletak pada kuasa penentuan pemenang yang diberikan sepenuhnya kepada rakyat Malaysia melalui undian.
Kempen yang berlangsung dari Ogos hingga September 2025 ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mengangkat nama pengusaha tempatan yang menjadi nadi di sebalik hidangan ikonik negara.
Acara kemuncak penganugerahan akan diadakan pada 25 September 2025.
Menurut Penulis Kanan Kandungan Berjenama REV Media Group iaitu Muhamad Shaifullah Tayep, kempen ini diwujudkan bagi mengangkat keistimewaan rasa warisan negara.
Matlamat utama Makan Sini Best adalah meraikan cita rasa tempatan dan memberi ruang kepada komuniti untuk memilih juara nasi lemak sebenar di Lembah Klang. Kami percaya suara rakyat adalah paling tulus.
Kempen ini bukan sahaja mengangkat wira tempatan di sebalik sarapan kegemaran rakyat, malah mengeratkan hubungan antara jenama, komuniti dan industri makanan tempatan.
Tiga Fasa Kempen

Kempen ini dibahagikan kepada tiga peringkat utama:
Fasa Pencalonan (9 – 23 Ogos) – Orang ramai boleh mencalonkan kedai atau gerai nasi lemak kegemaran dengan meninggalkan komen di hantaran rasmi MyResipi di Facebook, TikTok, dan Instagram. Sertakan nama kedai, lokasi dan alasan mengapa ia layak dicalonkan.
Fasa Undian (10 – 22 September) – Lima vendor dengan pencalonan tertinggi akan disenarai pendek. Pemenang kemudian dipilih melalui undian di laman mikro rasmi kempen.
Pengumuman Pemenang (25 September) – Vendor yang meraih undian tertinggi akan menerima plak penghargaan rasmi ‘Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang’ daripada MyResipi.
Ganjaran & Aktiviti Menarik

Sepanjang tempoh kempen, pelbagai hadiah tajaan Le Nona menanti peserta. Antaranya termasuk, peraduan gambar nasi lemak paling kreatif dengan hadiah utama Le Nona Rosabelle Rice Cooker 1.8L.
Selain itu, dua peserta dengan komen paling meyakinkan akan memenangi set kuali premium Le Nona Jumbo Rose Wok Set dan Scarlet Edition.
Pada hari kemuncak, 100 pengunjung terawal berpeluang menikmati nasi lemak percuma dan produk daripada rakan penaja seperti Sunshine Bakeries Malaysia dan ZUS Coffee.
Turut disediakan cabutan bertuah dengan hadiah Le Nona Rosabelle Rice Cooker 1.8L.
Pusat Digital Kempen

MyResipi turut menyediakan laman mikro khas di http://www.myresipi.com/makansinibest sebagai pusat rujukan kempen.
Di sini, pengguna boleh melihat senarai calon, mengundi, menonton video di sebalik tabir dan membaca artikel berkaitan.
Untuk info terkini, ikuti @myresipi di Instagram dan layari http://www.myresipi.com/makansinibest.
The post MyResipi Lancar Kempen ‘Makan Sini Best’, Misi Mencari Nasi Lemak No.1 Di Lembah Klang first appeared on OHBULAN!.





