Sehari selepas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pusara Allahyarhamah terus menerima kunjungan orang ramai yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.
Artikel Berkaitan: ‘Mak Ayah Kita Yang Hidup Zaman Tun, Dapat Lihat Semangatnya’ – Umie Aida
Kubur diziarahi orang ramai

Menerusi beberapa perkongsian di Threads, ada antara mereka yang sanggup singgah ke pusara Allahyarhamah seawal pagi sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kerja.
Kehadiran orang ramai bukan sekadar untuk menghadiahkan bacaan al-Fatihah, malah ada yang menaburkan bunga dan menyiram air di atas pusara Allahyarhamah sebagai tanda penghormatan.
Tidak kurang juga yang meluangkan masa lebih lama di tanah perkuburan untuk membaca surah Yasin dan mendoakan Allahyarhamah.
Dalam perjalanan pergi pejabat pagi tadi singgah kejap ke pusara Tun Hasmah. Ada yang sudah di situ seawal pagi. Ada yang menangis sendu sedan sambil baca Yasin.
Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial turut memaklumkan bahawa kawasan pusara Allahyarhamah dibuka kepada orang awam yang ingin datang menziarah.
Terdahulu, Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian Tun Dr Siti Hasmah pada Isnin selepas Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN).
Allahyarhamah yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh orang anak.
Sumber: Threads
The post Pusara Tun Dr Siti Hasmah Tak Putus Diziarahi, Ada Datang Seawal Pagi Sebelum Ke Pejabat first appeared on OHBULAN!.





