29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muka Kacak Pun Tak Selamat Dari Keganasan

    Shopee Sale



    Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mengalami kecederaan parah akibat dipukul sekumpulan lelaki hanya kerana memiliki wajah yang tampan.

    Dibelasah sebab terlalu kacak

    Memetik laporan The Thaiger, mangsa yang dikenali sebagai Mooyong dikejarkan ke sebuah hospital di Thailand selepas berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

    Selepas menerima rawatan dan pulih, Mooyong menceritakan kejadian sebenar yang berlaku. Dakwanya, kejadian berlaku ketika dia dan rakan-rakannya dalam perjalanan ke kedai gunting rambut namun tiba-tiba sekumpulan lelaki yang terdiri daripada empat individu datang menyerangnya.

    Keempat-empat suspek kemudian memberitahu bahawa mereka cemburu dengan kekacakan yang dimilik Mooyong sebelum mencabar Mooyong dan rakannya untuk bergaduh. 

    Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan penduduk setempat menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap kesemua pelaku. Malah ada dakwaan mengatakan keempat-empat pelaku pernah menyerang seorang lagi individu sebelum ini namun tiada sebarang tangkapan dibuat.

    MENARIK:  [VIDEO] Ananda Natasha Raih Perhatian Netizen, Mengaji Al-Quran Siap Bertarannum – ‘Masya-Allah, Sedapnya Alunan Suara’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah