25.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Modus Operandi Influencer Sama Je, Tak Buat Benda Pelik Nanti View Sendu’ – Azhan Rani

    Shopee Sale



    Azhan Rani.

    Isu seorang pempengaruh memperlekehkan jurusan komunikasi media, teater, muzik dan seni tari sebagai cabang pendidikan bodoh, turut menarik perhatian pelakon, Azhan Rani.

    Hamak perhatian

    Azhan Rani.

    Menerusi hantaran di Instagram, Azhan, 49, menyifatkan pempengaruh tersebut sebagai hamak perhatian sehingga sanggup mencetuskan kemarahan orang ramai dengan melakukan konten tidak bermanfaat.

    Lain orang lain pendapat, aku tak ikuti sangat isu influencer cakap graduan seni ‘bodoh’. Pada aku modus operandi mana-mana influencer pun sama je, nak dapat view tinggi.

    Kalau tak buat benda pelik dan ‘trigger’ orang nanti view sendu, payah nak famous. Bila dia petik graduan seni, harapan dia orang seni akan sedar kewujudan dia di situ dia dapat ‘spotlight’.

    Ini taktik lama, dari yang pangkat Tan Sri, Datuk sampai budak sekolah yang jadikan content untuk famous dan cari makan, inilah resepi dia orang.

    Bab mabuk ‘spotlight’ ni bukan pada influencer sahaja ya, orang-orang macam aku (artis) pun ada. Mungkin dekat tempat kerja korang pun ada juga.

    Ulang kesalahan

    Meskipun menerima kecaman hebat, Azhan berpendapat, pempengaruh itu tidak akan pernah serik dan berkemungkinan akan mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang.

    Tidak kisah korang nak marah, maki dia, buka forum kecam berjemaah dia pun tak apa. Sebab dia cuma nak korang masuk perangkap dia bercakap pasal dia dan tau kewujudan dia.

    Nanti bila dah famous dia akan petik lagi isu-isu lagi berat untuk korang sebut nama dia lagi. Untuk aku, biarlah cakap la apa pun aku tak nak sebut nama kau.

    Justeru, Azhan menasihati orang ramai supaya tidak terlalu memberi perhatian dan sebaiknya mengabaikan konten pempengaruh tersebut.

    Ilmu dan pengalaman yang aku dapat tak mudah dan mahal. Buat posting macam ini pun sebenarnya macam aku dah bantu dia sikit. Aku hanya nak bagitau pendirian aku.

    Pada aku, kalau korang tak suka orang macam ini satu cara je, abaikan dia. Kelemahan orang macam ni adalah bila diabaikan.

    Tanpa view, tanpa follower, tanpa viral mereka hanyalah sampah busuk yang tidak layak dikutip oleh majlis perbandaran.

    MENARIK:  Shila Amzah Kembali Gegar China, Sertai Pertandingan ‘Singing With Legends’ – ‘Doa Semoga Dilancarkan Perjalanan’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah