29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Serangan Israel ke Beirut tak patut berlaku saat rundingan damai Iran – Trump

    Shopee Sale

    GLOBAL | Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad mengkritik serangan Israel ke atas Beirut, menegaskan bahawa serangan itu tidak sepatutnya berlaku ketika Washington berada di ambang perjanjian damai dengan Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    "Serangan pagi ini ke atas Beirut tidak sepatutnya berlaku, terutamanya pada hari istimewa apabila kita begitu hampir dengan perjanjian damai," tulis Trump di platform media sosialnya Truth Social.

    Beliau berkata insiden yang mendapat tindak balas Israel itu sebagai "kecil dan tidak bermakna," menyebabkan tiada kemalangan jiwa, dan menggesa semua pihak untuk "berundur" bagi mengelak mengganggu proses diplomatik.

    “Kita sangat hampir dengan perjanjian yang akan membawa keamanan ke rantau ini, termasuk ke Lubnan,” katanya, menggesa semua serangan Israel di Lubnan dihentikan serta-merta, serta pemberhentian serangan oleh Hizbullah.

    "Ini boleh menjadi permulaan kepada kedamaian yang panjang dan indah - “Jangan kita sia-siakannya,” tambah Trump.

    MENARIK:  Khazanah, PNB perjelas isu pelupusan pegangan dalam Fashion Valet

    Sebelum ini, laman web berita Amerika Axios, memetik pegawai Israel dan AS, mendakwa Israel telah memaklumkan kepada Komando Pusat AS sebelum serangan Beirut.

    Trump padai Sabtu berkata perjanjian dengan Iran dijadualkan ditandatangani pada Ahad, walaupun Tehran mempertikaikan garis masa.

    Sumber di Tehran memberitahu Agensi Berita Fars bahawa cadangan memorandum persefahaman masih "dalam pertimbangan" dan tiada keputusan muktamad diumumkan.

    Sementara itu, Mohammad Bagher Qalibaf, speaker parlimen Iran pad Ahad, menuduh Washington kekurangan "kehendak atau kemampuan" untuk memenuhi kewajipannya, memetik serangan Israel yang berterusan di Lubnan.

    Iran menggesa untuk menamatkan peranang di semua sektor termasuk Lubnan, melepaskan aset bekunya dan menamatkan sekatan AS ke atas pelabuhannya; AS menuntut Tehran menghentikan program nuklear dan membuka semula Selat Hormuz sepenuhnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah