Sumud Nusantara kini membuka peluang kepada individu yang berminat untuk menyertai misi kemanusiaan antarabangsa menerusi Global Sumud Flotilla 2.0.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ZRA Kongsi Empat ‘Training’ Yang Dilakukan Sukarelawan Global Sumud Flotilla
Artikel Berkaitan: 23 Pejuang Global Sumud Flotilla Bebas, Dijangka Pulang Esok Malam Atau Isnin
Kemahiran yang diperlukan

Inisiatif ini menggerakkan lebih 100 buah bot sebagai medium penyaluran bantuan kepada komuniti sasar di pelbagai lokasi.
Misi ini bukan sekadar operasi penghantaran bantuan, malah membawa aspirasi bagi memperkukuh solidariti kemanusiaan merentas sempadan serta menyatukan usaha masyarakat global dalam membantu mereka yang terkesan oleh krisis.
Sehubungan itu, Sumud Nusantara mempelawa individu yang berpengalaman serta komited untuk bersama-sama menjayakan misi berimpak tinggi ini.
Peluang ini merupakan platform terbaik bagi mereka yang ingin menerjemahkan kepakaran teknikal dan kualiti kepimpinan dalam berdepan cabaran operasi yang sebenar.
Keutamaan diberikan kepada tenaga pakar seperti mekanik, juruelektrik, kapten, serta kru kapal berpengalaman demi menjamin kelancaran operasi dan tahap keselamatan tertinggi sepanjang misi.
Bagi peserta umum, pendaftaran bakal dibuka dalam masa terdekat. Calon yang berminat amat disarankan untuk melakukan pendaftaran awal melalui pautan yang disediakan DISINI.
Penglibatan dalam Global Sumud Flotilla 2.0 bukan sekadar sumbangan kepada kemanusiaan, malah merupakan satu platform untuk menimba pengalaman.
Sukarelawan berpeluang menjalin kolaborasi dalam pasukan antarabangsa, mengasah bakat kepimpinan, serta menguasai selok-belok logistik maritim dan pengurusan keselamatan laut yang kritikal.
Pendaftaran boleh dibuat di pautan Sumud Nusantara dan sebarang maklumat boleh didapati di akaun media sosial Sumud Fortilla seperti Telegram, Facebook dan Instagram.
Sumber: Facebook Sumud Nusantara Official
The post Misi Global Sumud Flotilla 2.0: Pengambilan Sukarelawan Kini Dibuka first appeared on OHBULAN!.





