Penyanyi dan pelakon terkenal Korea Selatan, Park Jihoon bakal menemui peminat di Malaysia menerusi siri jelajah Asia yang dinantikan pada Jun depan.
Artikel Berkaitan: Pelakon Terkenal, Lee Je Hoon Bakal Temui Peminat Di Malaysia September Ini Menerusi JEHOON’s Favorite 2024 Asia Tour
Artikel Berkaitan: Lisa Blackpink Beli Villa Bernilai Hampir RM26 Juta!
Datang Malaysia

Sedikit mengenai Jihoon, dia memulakan kerjayanya dalam industri hiburan sebagai pelakon kanak-kanak selain membina reputasi yang kukuh menerusi pelbagai persembahan di skrin televisyen dan pentas teater.
Nama Jihoon mula melonjak ke puncak populariti pada tahun 2017 menerusi program realiti Produce 101 Musim 2, di mana dia berjaya memikat hati penonton dengan gelaran ikonik “Wink Boy”.
Selepas meraih tempat kedua dalam program tersebut, dia berjaya debut sebagai ahli kumpulan fenomenal, Wanna One.
Sepanjang penglibatannya dalam industri, Jihoon terus membuktikan bakat serba bolehnya dalam bidang muzik dan lakonan.
Pada tahun 2026, dia mencapai kejayaan baharu apabila membintangi filem pecah panggung, The King’s Warden.
Selepas berhasil menunjukkan hasil lakonan yang baik, Ji-hoon diiktiraf di Anugerah Seni Baeksang ke-62, di mana dia membawa pulang dua anugerah besar iaitu Pelakon Baharu Terbaik (Filem) dan Anugerah Populariti (Lelaki).
Dalam perkembangan menyanyi, Park Ji-hoon baru sahaja melancarkan album single solo pertamanya bertajuk [RE:FLECT] pada 29 April 2026.
Sebagai hadiah buat peminat di Malaysia, Jihoon akan membawakan 2026 Park Jihoon Asia Fan Con [RE:FLECT] in Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 6 Jun di KLCC Plenary Hall.
Acara ini dianjurkan oleh KGH dengan kerjasama YKS Management selaku produksi tempatan di mana harga tiket ditawarkan pada harga VVIP RM890, VIP RM790, Zone S RM690, Zone R RM590, Zone A RM490, Zone B RM390 dan Zone C RM290.
Jualan tiket secara rasmi akan bermula pada 14 Mei 2026, jam 9:00 pagi menerusi laman web www.megatix.asia.
The post Bintang K-Pop Park Jihoon Bakal Gegar Kuala Lumpur Menerusi ‘RE:FLECT’ Jun Ini first appeared on OHBULAN!.





