30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Misha Omar Bukan Penyanyi Wanita Kelantan Ditahan Di Golok – ‘Itu Bukan Saya, Jangan Risau Okay’

    Shopee Sale



    MISHA BUKAN PENYANYI DITAHAN

    Tak ada angin, tak ribut, nama penyanyi Misha Omar dikaitkan dengan berita seorang penyanyi wanita Kelantan yang ditahan di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi Jumaat.

    ‘Itu bukan saya…’

    Terbaharu, Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar memaklumkan ada pihak yang bertanyakan mengenai keadaan dirinya ketika ini.

    Menerusi hantaran di Instagram Story, pelantun lagu ‘Sampai Bila’ berkata dirinya berada dalam keadaan baik dan meminta orang ramai untuk tidak khuatir kerana individu yang ditahan bukan dirinya.

    Terima kasih kepada yang ‘forward’ berita ini dan bertanya adakah Kak Mitch okay?

    Itu bukan saya korang, jangan risau okay?

    Terdahulu, tular berita mengenai seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan ditahan polis Thailand bersama ribuan pil kuda dalam satu serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pagi Jumaat.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Semoga Jumpa Yang Lebih Baik Daripada Daddy Sekarang’ – Pesanan Sayu Haqiem Stopa Buat Anak

    Penyanyi itu ditahan bersama lima lagi suspek di sebuah bilik hotel selepas mereka selesai berhibur di pusat hiburan bahagian bawah hotel berkenaan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah