30.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Uranium diperkaya Iran akan dimusnahkan – Trump

    Shopee Sale

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin berkata uranium diperkaya milik Iran sama ada akan dihantar ke AS untuk dimusnahkan atau dimusnahkan di lokasi lain, ketika rundingan diteruskan mengenai rangka kerja perjanjian bagi menamatkan konflik dengan Iran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Uranium diperkaya itu sama ada akan diserahkan “segera” kepada AS dan dimusnahkan di negara itu, atau dimusnahkan di lokasi asal atau di tempat lain yang boleh diterima, dengan penyelarasan bersama Tehran, tulis Trump di platform Truth Social.

    Trump berkata proses itu perlu disaksikan oleh Suruhanjaya Tenaga Atom, atau badan yang setara dengannya.

    MENARIK:  Individu papar gambar Agong di KKB didakwa semula esok

    Bagaimanapun, belum jelas sama ada beliau merujuk kepada sebuah agensi AS atau mungkin Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang berpangkalan di Vienna.

    Ia juga masih tidak jelas sama ada Trump menggambarkan keadaan rundingan semasa, tuntutan AS dalam perbincangan itu, atau perkara yang telah dipersetujui sebagai sebahagian daripada kemungkinan perjanjian.

    Masa depan simpanan kira-kira 400 kilogram uranium diperkaya tinggi milik Tehran menjadi antara isu utama yang masih dipertikaikan dalam rundingan itu.

    Pada Sabtu, Trump berkata rangka kerja perjanjian itu “sebahagian besarnya” telah dirundingkan.

    Israel dan AS melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Feb.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah