Pempengaruh sensasi, Haqiem Stopa gagal menahan sebak ketika menyampaikan pesanan buat putera tunggalnya, Hud.
Menurut Haqiem, dia sebagai seorang ayah mengakui dirinya gagal memimpin keluarga kecil mereka.
Artikel Berkaitan: Haqiem Stopa Mahu Agih 500 Bungkus Ayam Gepuk Percuma, Netizen Titip Doa – ‘Semoga Luas Rezeki & Terus Berbuat Baik’
Artikel Berkaitan: Haqiem Stopa, Aireena Sah Bercerai Talak Satu
Pesanan buat anak
Menerusi sesi temu bual (podcast) yang dimuat naik di TikTok, Haqiem atau nama penuhnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, berkata dia gagal mengatur corak kehidupan anaknya yang kini berusia empat bulan.
Janji Haqiem, dia akan berusaha keras buat anaknya memiliki kehidupan terbaik walaupun tidak lagi bersama bekas isteri, Aireena Sofia.
Daddy minta maaf sebab banyak gagal dalam mengaturkan corak hidup yang patut daddy buat sebaik mungkin.
Sama juga untuk mommy (Aireena Sofia), saya minta maaf sebab gagal mengatur dan membuat pilihan yang sebaiknya.
Mommy sentiasa buat yang terbaik untuk masa depan awak.
Ada salah dan silap, daddy minta maaf.
Semoga dapat jumpa yang lebih baik daripada daddy sekarang.
Daddy janji akan buat yang terbaik sampai akhir hayat. Semuanya untuk awak.
Terdahulu, isu rumah tangga pasangan tersebut mula mendapat perhatian umum selepas Aireena memfailkan permohonan cerai terhadap Haqiem pada 4 November tahun lalu.
Kemelut perkahwinan mereka dikatakan berpunca daripada kehadiran orang ketiga apabila Aireena menerusi hantaran di Threads mendakwa Haqiem berlaku curang.
Malah, Aireena turut mendakwa Haqiem mempunyai hubungan istimewa dengan seorang wanita berusia 18 tahun.
Untuk rekod, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud, yang kini berusia empat bulan.
Sumber: TikTok @sembahohhyeahh
The post [VIDEO] ‘Semoga Jumpa Yang Lebih Baik Daripada Daddy Sekarang’ – Pesanan Sayu Haqiem Stopa Buat Anak first appeared on OHBULAN!.





