30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jejak Ibadah Haji, Memahami Perjalanan Jemaah Dari Awal Hingga Akhir 

    Shopee Sale

    Ibadah haji merupakan rukun Islam kelima yang diwajibkan ke atas setiap Muslim yang berkemampuan dari segi fizikal, kewangan dan keselamatan perjalanan. 

    Setiap tahun, jutaan umat Islam dari seluruh dunia berkumpul di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah yang penuh dengan nilai pengorbanan, kesabaran dan ketaatan kepada Allah SWT. 

    Artikel Berkaitan: Buntu Soal Jodoh, Fasal Kerja.. Rebut Ganjaran Hari Arafah, Ini Senarai Doa Yang Boleh Dibaca

    Artikel Berkaitan: Yusry ‘Upload’ Foto Lisa Surihani Di Threads & Luah Rasa Rindu – ‘Baru 8 Hari..Lama Lagi’

    Pergerakan haji

    Ibadah ini mempunyai beberapa peringkat penting yang disusun mengikut urutan tertentu dalam pelaksanaannya.

    Berikut adalah urutan ringkas perjalanan mengerjakan ibadah haji.

    Niat Ihram, Berniat di Miqat & Larangan Ihram

    Antara rukun utama haji adalah berniat ihram di miqat yang telah ditetapkan mengikut lokasi perjalanan jemaah. Pada peringkat ini, jemaah perlu berniat untuk mengerjakan haji serta mematuhi segala syarat dan larangan ketika berada dalam keadaan ihram.

    Niat ihram mesti dilakukan sebelum melepasi miqat yang ditentukan. Kegagalan melaksanakannya menyebabkan ibadah haji tidak sempurna dan tidak sah kerana ihram merupakan rukun asas dalam pelaksanaan haji.

    Wukuf di Arafah

    Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda:

    Maksudnya: “Haji adalah Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (814)]

    Ibadah ini dianggap sebagai kemuncak pelaksanaan haji kerana kehadiran di padang Arafah dalam tempoh yang ditetapkan menjadi syarat utama kesempurnaan haji.

    Wukuf di Arafah merupakan rukun haji yang wajib dilaksanakan oleh setiap jemaah pada 9 Zulhijjah. Tempoh wukuf bermula selepas masuk waktu Zuhur pada hari tersebut dan berakhir sebelum terbit fajar pada 10 Zulhijjah.

    Hari Arafah merupakan antara hari yang paling istimewa dalam Islam kerana pada waktu itulah jutaan jemaah haji berhimpun di Padang Arafah untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

    Dalam suasana penuh keinsafan, mereka memperbanyakkan doa, zikir serta memohon keampunan atas segala dosa, sambil mengharapkan rahmat dan penerimaan amal daripada Allah SWT.

    Mabit di Muzdalifah (bermalam)

    Mabit di Muzdalifah merujuk kepada jemaah berada dan bermalam di kawasan Muzdalifah selepas meninggalkan Arafah sebelum meneruskan perjalanan ke Mina. 

    MENARIK:  Amir Masdi Perkenal Sisi Berbeza Dengan Single Inggeris ‘Take Me Home’

    Ketika berada di Muzdalifah, jemaah digalakkan memperbanyakkan zikir, doa serta mengumpulkan batu-batu kecil yang akan digunakan untuk melontar jamrah. 

    Melontar jamrah

    Perkara ini adalah simbolik daripada peristiwa Nabi Ibrahim AS yang menolak gangguan syaitan ketika baginda berusaha melaksanakan perintah Allah SWT. 

    Pelaksanaannya bermula pada 10 Zulhijjah iaitu melontar Jamrah Aqabah dan diteruskan pada hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. 

    Setiap jamrah dilontar dengan tujuh biji batu kecil sebagai tanda ketaatan kepada Allah SWT dan kesungguhan untuk menjauhi segala perkara yang dilarangNya.

    Bertahalul

    Jemaah kemudian akan melaksanakan tahalul awal dengan menggunting rambut atau bercukur. 

    Dengan bertahalul jemaah dibolehkan untuk keluar dari sebahagian larangan ihram.

    Mabit di Mina & melontar Jamrah

    Hari-hari Tasyrik merangkumi 11, 12 dan 13 Zulhijjah, iaitu tempoh para jemaah haji menetap di Mina. Sepanjang hari-hari tersebut, jemaah perlu melaksanakan lontaran ke atas ketiga-tiga jamrah mengikut waktu dan aturan yang ditetapkan.

    Jemaah akan melontar tujuh batu iaitu di Jamrah al-Ula, Jamrah Wusta dan Jamrah Aqabah.

    Tawaf Ifadah & Saie

    Seterusnya, jemaah akan kembali ke Masjidil Haram untuk melaksanakan Tawaf Ifadah. Selepas selesai tawaf, mereka akan meneruskan ibadah saie di antara Bukit Safa dan Marwah sebagai pelengkap kepada ibadah haji.

    Tawaf Ifadah boleh ditunaikan seawal 10 Zulhijjah, namun pelaksanaannya juga dibenarkan pada hari-hari Tasyrik sekiranya keadaan di Masjidil Haram terlalu padat atau jemaah memerlukan masa untuk berehat sebelum meneruskan ibadah tersebut.

    Jemaah kemudian akan melakukan tahalul thani, menandakan mereka telah sempurna ibadah haji. Pada ketika ini, jemaah memotong  rambut atau bercukur sekali lagi sebagai tanda berakhirnya ihram.

    Sebelum berangkat pulang, jemaah akan melakukan Tawaf Wada’ iaitu tawaf selamat tinggal yang dilakukan sebelum meninggalkan Kota Makkah, menandakan perpisahan terakhir dengan Baitullah selepas selesai menunaikan semua ibadah haji. 

    Sebagai penutup, ibadah haji bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi menjadi medan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT memohon keampunan serta memperbaharui keimanan dalam kehidupan.

    Sumber: Jabatan Kemajuaan Islam, rayhar.com

    The post Jejak Ibadah Haji, Memahami Perjalanan Jemaah Dari Awal Hingga Akhir  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah