
Pelakon Mimi Lana mendedahkan bahawa dia dan suami, Syafiq Kyle tidak meletakkan sebarang syarat terhadap kerjaya mereka sebagai pelakon meskipun selepas mendirikan rumah tangga.
‘Kami tak meletakkan sebarang syarat’

Ketika ditemui , Mimi berkata hubungannya dengan Syafiq yang telah lama terjalin sebelum ini membuatkan mereka lebih memahami antara satu sama lain dan tidak memerlukan peraturan khusus dalam hal berkaitan kerjaya.
Kami tiada meletakkan sebarang syarat kerana kami sudah berkenalan agak lama. Namun, kita perlu ada common sense.
Sebagai manusia, kita boleh fikir sendiri apa yang boleh dan tak boleh dibuat. Mana yang baik dan mana yang buruk.
Saya dan Syafiq sudah ada perbincangan itu sejak sebelum berkahwin lagi. Jadi, tiada sebarang masalah.
Mimi berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana drama First Wives di TGV KLCC pada malam Rabu.
Apabila ditanya mengenai pembahagian masa sebagai seorang isteri dan pelakon, Mimi berkata buat masa ini dia tidak berdepan dengan sebarang masalah berhubung perkara terbabit,
Tentang bahagi masa, setakat ini Alhamdulillah. Lagipun perkahwinan saya dan Syafiq masih baharu dan tak sampai dua pun lagi, tapi buat masa sekarang tak ada masalah.
Saya pun belum masuk set penggambaran lagi. Doakan saya mudah-mudahan semua okay.
Dalam perkembangan lain, Mimi bakal tampil dengan drama terbaharu lakonannya berjudul First Wives. Selain Mimi, pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut ialah Zeera Azizi, Melissa Campbell, Malek Mccrone, Charles Robert, dan Andy Teh.
First Wives yang mempunyai lapan episod itu akan mula ditayangkan pada 11 April ini menerusi platfrom penstriman On Demand, Astro GO dan sooka.





