33.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mimi Lana Risau Jerebu Makin Teruk, Kerap Sakit Dada & Tekak – ‘Makan Ubat Sihat, Keluar Rumah Batuk Lagi’

    Shopee Sale

    Pelakon, Mimi Lana mengakui keadaan jerebu yang melanda Malaysia ketika ini memberi kesan kepada tahap kesihatannya apabila mengalami sakit tekak dan batuk setiap kali keluar dari rumah.

    Artikel Berkaitan: Pemakaian Mimi Lana Ditegur Netizen, Titip Pesanan Soal Aurat – ‘Dah Jadi Isteri, Eloklah Bertutup’

    Artikel Berkaitan: ‘Bila Pakai Makeup Terlalu Lama, Kulit Muka Jadi Breakout & Kering’ – Mimi Lana

    Kerap sakit sebab jerebu

    Mimi atau nama lengkapnya, Mimi Rozaiana Zulkifli, 31, berkata dia mula mengalami beberapa simptom berkenaan sejak kebelakangan ini dan keadaan itu berulang setiap kali terdedah kepada udara di luar.

    Ya Allah, dah berapa hari ini keluar je rumah, bila balik terus rasa nak demam. Sakit tekak, lepas itu makan ubat, rehat tidur, dah sihat dah.

    Keluar rumah nak pergi beli barang je, balik batuk-batuk lagi. Jerebu sekarang ini sangat teruk. Jaga diri semua dan terus kuat.

    Dalam satu hantaran berasingan, isteri kepada aktor Syafiq Kyle itu turut berkongsi keadaan kesihatannya yang mengalami batuk berterusan sehingga menyebabkan bahagian dadanya berasa pedih.

    Dada rasa pedih sangat sebab batuk tak berhenti dari semalam. Tengok keadaan di luar rumah pun dah rasa takut.

    Kalau di Malaysia pun jerebu terasa macam ini, tak terbayang macam mana keadaan penduduk di Kalimantan. Ya Allah, sebak bila fikir.

    Semoga Allah permudahkan segala urusan penduduk di sana dan lindungi mereka dan kita semua daripada segala kemudaratan.

    Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan pengalaman dilalui Mimi, malah ada yang mengakui mengalami simptom sama selepas terdedah kepada keadaan berjerebu untuk tempoh yang lama.

    MENARIK:  Neera Azizi Pilih Mutawif Sebagai Jodoh, Bakal Nikah Julai Depan

    Sumber: Threads

    The post Mimi Lana Risau Jerebu Makin Teruk, Kerap Sakit Dada & Tekak – ‘Makan Ubat Sihat, Keluar Rumah Batuk Lagi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah