29.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Neera Azizi Pilih Mutawif Sebagai Jodoh, Bakal Nikah Julai Depan

    Shopee Sale



    Pelakon Neera Azizi akhirnya bersatu hati dan menyulam cinta dengan jejaka yang juga mutawif dikenali sebagai Hafizi.

    Tak mahu bercinta lama

    Memetik laporan Berita Harian , Neera berkata, doanya dimakbulkan Allah tatkala mengerjakan umrah pada bulan Februari tahun lalu. Menurut Neera, ketika di sana dia memanjatkan doa mengenai soal jodoh.

    Perkara itu sama sekali tidak pernah terjangkau dek akal untuk disatukan hati dengan seorang yang tinggi ilmu agama dan layak digelar ustaz. Ketika mengerjakan umrah, saya tak ada rasa apa-apa, tapi memang ada niat berdoa supaya dipertemukan jodoh. Ketika itu, si dia tak ada pun rapat dengan saya.

    Selepas berdoa, tiba-tiba perasaan itu terbuka dan tersuka kepadanya, tapi saya tak cakap apa-apa. Selepas pulang umrah, kami berhubung dan mula rapat. Selepas rapat, si dia ajak saya bertunang sebab tak mahu bercinta lama-lama. Dia kata tak baik dan memilih bercinta selepas kahwin.

    Berbicara lebih lanjut, Neera memberitahu, Hafizi terus mengajaknya bertunang selepas beberapa hari pulang mengerjakan umrah. Tambah penyampai radio Rakita itu lagi, mereka kini dalam persiapan mengadakan majlis pernikahan yang dijadual pada Julai depan.

    Berdebar menanti Julai depan sebab banyak persiapan yang saya perlu uruskan. Tunang saya kini berada di Arab Saudi selama enam bulan. Jadi, segala persiapan saya perlu uruskan sendiri. Bagi saya, tidaklah begitu susah sebab kebanyakan orang cakap akan banyak ujian selepas bertunang.

    Tapi, bila sudah berjauhan kita tidak akan cari salah masing-masing. Itu yang memudahkan juga. Harapnya tiada apa-apa masalah antara kami, jadi mohon doakan.

    Pakai tudung selepas bertunang

    Disoal mengenai penampilan terkini, Neera mengakui bahawa perkenalan dengan jejaka itu juga menjadi faktor yang mendorongnya untuk berhijab.

    Pada awal perkenalan, saya masih belum bertudung. Selepas bertunang, si dia cakap kalau boleh mahu tengok saya bertudung, tapi dia tidak memaksa. Si dia tak mahu saya bertudung sebabkan dirinya dan akan buka sekiranya ada sesuatu terjadi. Jadi, saya ambil langkah perlahan-lahan untuk bertudung.

    Selepas pulang mengerjakan umrah, saya pernah tiga malam berturut-turut bermimpi pakai tudung. Pada malam ketiga, saya fikir perlu pakai tudung, tapi perasaan ini datang sendiri. Kadang-kadang kalau ada rasa rimas sebab baru kali pertama, tunang akan beri sokongan.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri Santai Jual Jeruk Mangga Di Live TikTok, Netizen Puji – ‘Tak Penat Kerja Walaupun Dah Kaya’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah