Seorang individu dipercayai salah seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkongsi pengalamannya menimba ilmu bersama pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro.
Artikel Berkaitan: Pelantikan Shahrol Shiro Sebagai Tenaga Pengajar UKM Dipersoal, Pihak Universiti Tampil Perjelas
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahrol Shiro Tegur Lawak ‘Body Shaming’ Harith Iskander – ‘Awak Legend, Minta Maaf Malu‘
Pembelajaran bersama Shahrol
Menerusi hantaran di TikTok, individu berkenaan memuat naik video memaparkan sesi pembelajaran bersama Shahrol yang bertindak sebagai tenaga pengajar di institusi pendidikan tersebut.
Para pelajar dilihat memberi tumpuan penuh kepada Shahrol yang sedang mengajar mereka secara santai.
2026 adalah plot twist terbesar dalam hidup, Shahrol Shiro jadi pensyarah saya.
Seorang yang berpengalaman

Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir warganet yang menyokong Shahrol diberikan peluang untuk berkongsi ilmu di peringkat pengajian tinggi.
Dalam masa yang sama, Shahrol juga disifatkan sangat layak untuk menyandang posisi sebagai tenaga pengajar dengan pengalamannya sebagai anak seni.
Bagi saya dia sangat layak untuk mengajar kami.
Dia ada 10 tahun pengalaman dan dia tak ada sebut pun walau sepatah berkaitan politik dan lain-lain.
Terdahulu, pelantikan Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 42, sebagai tenaga pengajar sambilan bagi Semester I sesi 2026/2027 di universiti tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi yang rata-rata mempersoalkan tentang kelayakannya.
Pihak UKM kemudian tampil menjelaskan bahawa pelantikan Shahrol dibuat adalah berdasarkan pengalaman luasnya sebagai pengamal industri seni.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Pelajar Kongsi Sesi Pembelajaran Bersama Shahrol Shiro – ‘Dia Sangat Layak, Tak Sebut Sepatah Pun Tentang Politik’ first appeared on OHBULAN!.





