29.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amer Yusoff Mohon Maaf, Tak Sedar Tolak Permintaan Peminat Untuk Bergambar – ‘Otak Tengah Laju Fikir Benda Lain..’

    Shopee Sale

    Bekas anggota kumpulan Ruffedge, Amer Munawer Yusoff memohon maaf dan meluahkan kekesalannya kerana tidak dapat memenuhi permintaan peminat untuk bergambar bersama.

    Artikel Berkaitan: Ruffedge Ubati Kerinduan Peminat, Umum Konsert Jelajah Ruffera ‘That Moment In Time’

    Artikel Berkaitan: Ruffedge Tampil Dua Karya Baru, Lah Ahmad Muncul Sebagai Penampilan Istimewa

    Amer mohon maaf

    Menerusi hantaran di Threads, Amer atau nama lengkapnya Amer Munawer Yusoff, 49, berkata, kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

    Saya ingin memohon maaf kepada dua lelaki (sah peminat Ruffedge) yang menahan saya untuk ambil gambar dekat tepi Lot 10, lorong yang nak pergi ke Pavilion KL, tempoh hari.

    Jelas Amir, ketika itu dia sedang memikirkan tentang perkara lain selepas menghadiri mesyuarat bersama seorang kawan.

    Masa itu otak saya tengah ‘fly’ ke tempat lain sebab baru habis mesyuarat dengan kawan yang baru balik dari Syria.

    Otak tengah laju fikir benda lain, celah orang ramai yang berjalan dekat situ, tiba-tiba, ‘Abang Ruffedge, boleh ambil gambar?’ Saya terkejut dan terus saja berjalan sambil geleng kepala macam tak mahu.

    Tambah Amer, tindakan tersebut telah menyebabkan peminat berkenaan kecewa lalu membuatnya tersedar akan perbuatannya itu.

    Saya nampak muka dia macam kesal, malu dan hampa kerana permintaan dia ditolak oleh seorang mamat yang sebenarnya terkejut dan otaknya sedang terbang sampai Syria.

    Lepas lima langkah berjalan baru saya tersedar, ‘Eh, kenapa aku buat macam itu? Kasihan dekat dia’. Saya pun pusing nak tengok kalau dia masih ada dekat situ.

    Namun, dia sudah pergi bersama seorang lagi kawannya. Nampak macam satu keluarga. 

    Bagaimanapun, Amer tetap merasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi permintaan peminatnya meskipun dia kini bukan lagi ahli kumpulan tersebut.

    MENARIK:  Shila Amzah Pernah Tolak Tawaran Gelaran Datuk Lebih Sekali – ‘Saya Selesa Dengan Apa Ada Sekarang’

    Dalam masa yang sama, Amer juga berharap dia dapat menebus semula kesalahannya terhadap peminat berkenaan.

    Walaupun saya sudah tidak lagi bersama kumpulan kesayangan saya, Ruffedge, namun perasaan bersalah itu tetap ada kerana seperti yang dunia sedia maklum bahawa persekolahan Ruffedge tidak pernah mengajar perangai ego, sombong, angkuh, mengambil rasuah, melanggar lampu isyarat dan sebagainya walau di mana kami berada.

    Jadi saya memohon maaf dan semoga maaf saya diterima. Nanti kalau jumpa lagi saya belanja makan shawarma Bukit Bintang, insya-Allah!

    Sumber: Threads

    The post Amer Yusoff Mohon Maaf, Tak Sedar Tolak Permintaan Peminat Untuk Bergambar – ‘Otak Tengah Laju Fikir Benda Lain..’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah