29.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Zara Qairina Nafi Anak Pernah Tulis Mahu Tamatkan Riwayat – ‘Saya Tidak Percaya, Dia Seorang Yang Baik & Ceria’

    Shopee Sale

    Ibu kepada Zara Qairina iaitu Noraidah Lamat mengakui dia tidak pernah melihat anaknya menulis mengenai perkara berkaitan mencederakan diri atau mengambil nyawanya sendiri.

    Artikel Berkaitan: Saksi Ke-37 Inkues Kematian Zara Qairina Dedah Jumpa Dua Diari Milik Arwah

    Artikel Berkaitan: ‘Kubur Arwah Perlu Digali Semula, Saya Mahu Tahu Punca Sebenar Kematian’ – Ibu Zara Qairina

    ‘Tidak pernah’

    Memetik laporan Sinar Harian, Noraidah, 46, berkata penulisan Zara sejak di sekolah rendah lebih banyak berkisar mengenai persahabatan dan rakan-rakan. Malah lima buku catatan yang dimiliki Zara juga bukanlah merupakan diari.

    Tidak pernah, penulisannya semasa dari sekolah rendah lebih cenderung kepada kawan-kawan dan persahabatan.

    Bila dia sudah tidak mahu, dia letak bersepah-sepah dan akhirnya bukut itu dibuang begitu saja.

    Sementara itu, ketika ditanya mengenai 15 helai kertas tulisan tangan yang ditemui seorang guru, Noraidah memaklumkan bahawa dia tidak pernah melihat dokumen berkenaan ketika Zara masih hidup.

    Noraidah juga tidak mempercayai penulisan kata-kata makian yang terkandung dalam kertas berkenaan ditulis oleh anaknya.

    Saya tidak pernah melihat, saya cuma tahu apabila peguam memberikan kepada saya.

    Saya tidak percaya sebab kalau anak saya mahu marah, mahu marah berhabis sekalipun, tidak sama dengan dia punya karakter.

    Karakternya ceria, baru lepas saya marah dia sudah berbaik dengan saya. Zara bukan saja anak, tetapi seperti sahabat dengan saya.

    Jadi apa pun tulisan, apa pun maki cakap di tulisan itu, bagi saya Zara tetap seorang anak yang baik dan ceria.

    Menurut Noraidah, Zara biasanya hanya berdiam diri dan merajuk seketika apabila ditegur sebelum kembali bercakap dengannya seperti biasa.

    Kalau saya tegur dia, dia cuma akan diam dan merajuk sambil menulis.

    Itu pun tidak lama, selepas lebih kurang 30 minit dia akan datang semula kepada saya, ‘Mak, oh mak’, dia bercakap semula dengan saya.

    Bagi saya dia cuma melepaskan perasaannya ketika saya marahi itu.

    Dalam pada itu, Noraidah menegaskan bahawa Zara tidak pernah meluahkan hasrat untuk membunuh atau mencederakan diri.

    MENARIK:  Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN Untuk Pemerhatian

    Sumber: Sinar Harian

    The post Ibu Zara Qairina Nafi Anak Pernah Tulis Mahu Tamatkan Riwayat – ‘Saya Tidak Percaya, Dia Seorang Yang Baik & Ceria’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah