Seorang lelaki warga Myanmar ditahan polis selepas didakwa membunuh rakan senegaranya yang berusia 20-an di Taman Maluri, Cheras, pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Rakaman CCTV Bongkar Pembunuhan Gadis 17 Tahun, Mayat Disumb*t Dalam Bagasi & Dibuang Di Landasan Kereta Api
Artikel Berkaitan: Pelajar Wanita Maut Dipercayai Dibunuh Di Bandar Sunway – ‘Terdapat Kesan Kecederaan Pada Tubuh Mangsa’
Bunuh guna gunting

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur iaitu Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian perut itu disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Menurutnya, tindakan pantas polis dilakukan selepas menerima maklumat berhubung kejadian tersebut sebelum suspek berjaya dikesan di kawasan berkenaan.
Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berjaya menahan suspek utama berusia 30-an di sebuah premis di sekitar Taman Maluri kira-kira jam 12 tengah hari.
Dalam tangkapan itu, polis turut menemui dan merampas sebilah gunting yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta keadaan yang membawa kepada kematian mangsa.
Semakan mendapati suspek tidak bekerja dan tidak mempunyai rekod lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Permohonan reman terhadap suspek akan dikemukakan pada hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan, termasuk proses bedah siasat di Pusat Forensik HCTM.
Suspek kini berada dalam tahanan polis dan permohonan reman akan dibuat bagi membantu siasatan lanjut.
Sumber: Sinar Harian
The post Lelaki Maut Didakwa Ditikam Rakan Guna Gunting first appeared on OHBULAN!.





