29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mesra Dengan Anak Bella Astillah, Muaz Zabir Tiada Niat Nak Menunjuk – ’Kami Rapat, Saya Memang Suka Budak Kecil’

    Shopee Sale



    Pelakon Muaz Zabir tampil memberi penjelasan susulan tularnya video mesranya bersama anak-anak penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

    ‘Lelaki tak suka dibandingkan’

    Ketika ditemui , pemilik nama Muaz Mohamad Zabir, 28, mengakui kurang selesa apabila ada segelintir pihak yang cuba membanding-bandingkan keakrabannya dengan anak-anak Bella.

    Saya tak nak dibandingkan, lelaki tak suka dibandingkan.

    Saya dengan budak-budak memang begitu, dengan anak buah memang rapat, anak Bella pun rapat. Saya memang suka budak kecil.

    Saya rasa tidak patut dibandingkan kerana masing-masing ada cara tersendiri. Kita bukan nak berlawan siapa yang baik.

    Muaz berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Global Station Sdn Bhd yang berlangsung di Kemensah Height pada Selasa.

    Dalam pada itu, Muaz turut menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang isu dengan Bella, keluarga atau mana-mana individu yang terlibat, termasuk Syed Saddiq. Malah hubungan mereka dalam keadaan baik.

    Saya tak ada niat nak belah-bahagikan, saya sendiri sokong mereka (Bella & Syed Saddiq) kalau itu yang terbaik buat dia, silakan.

    Saya tak ada apa-apa masalah dengan keluarga Bella, Bella dan Syed Saddiq. Kami semua okay sahaja.

    Saya bukan nak menunjuk yang saya baik dengan keluarga, rapat dengan anak-anak dia (Bella), tidak. Saya memang dijemput ke open house Bella.

    Oleh hal demikian, Muaz mengingatkan netizen agar tidak merumitkan keadaan dengan kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham antara mana-mana pihak.

    MENARIK:  [VIDEO] Kongsi ‘Progress’ Rumah, Netizen Berteka-Teki Harga Rumah Adira Salahudi – ‘RM2 Juta Ada Ni’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah