
Pempengaruh media sosial, Adira Salahudi berkongsi ‘progress’ terkini rumah baharunya yang kini sedang dalam pembinaan.
Syukur rumah hampir siap
Menerusi TikTok, Adira berkongsi momen dirinya meninjau ke tapak pembinaan sambil mengenakan but dan topi keselamatan.
Di ruangan kapsyen, Adira menzahirkan rasa syukur kerana rumah idamannya bakal siap dibina tidak lama lagi.
Mula-mula datangnya impian, kemudian disusuli pula dengan doa.
‘Now comes the house’, syukur, Alhamdulillah.
Agak-agak bila nak siap ini?
Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih lebih 285,000 tontonan dan lebih 19,000 tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan berteka-teki akan harga rumah yang dibina Adira.
Komen netizen



The following two tabs change content below.





