34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menteri Agama Tegur Lirik Lagu Berunsur Lucah – ‘Karya Seni Sewajarnya Disampaikan Dengan Adab & Nilai Murni’

    Shopee Sale

    Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius isu penularan lagu yang didakwa berunsur lucah dan tidak senonoh.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dengar Muzik Haram, Saya Pasang Zikir Saja’ – Suami Fatin Afeefa

    Artikel Berkaitan: Lagu Malam Masih Muda Didakwa Ada Unsur Lucah & Maksiat – ‘Bagaimana Muslim Boleh Terlibat Hasilkan Lagu Sejijik Ini?’

    Teguran terhadap pengkarya

    Menerusi sebuah kenyataan rasmi, menteri berkenaan, Dr Zulkifli Hasan berkata karya seni sewajarnya disampaikan dengan penuh adab dan mempunyai nilai murni untuk memberi pengaruh baik terutama kepada golongan muda.

    Islam menuntut umatnya menjaga kesucian lidah, pendengaran dan hati. Ajaran agama mengingatkan agar setiap perkataan yang diucapkan membawa kebaikan serta tidak merosakkan maruah dan akhlak insan.

    Justeru, Dr Zulkifli menegaskan tentang Garis Panduan Hiburan Dalam Islam (Edisi Kedua) yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-17 dan harus dipatuhi oleh semua penggiat seni, penerbit, pengkarya serta pihak berkaitan.

    Garis panduan ini dengan jelas menetapkan bahawa lirik hiburan hendaklah bebas daripada unsur lucah, maksiat, penghinaan, manipulasi kalimah suci Islam serta perkara yang bercanggah dengan syarak dan nilai kemanusiaan.

    Semua pihak perlu lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan yang selari dengan adab, budaya serta tuntutan syarak.

    Dalam masa sama, Dr Zulkifli juga menekankan bahawa hiburan yang baik adalah hiburan yang boleh membina jiwa dan memperkukuh akhlak, bukan yang melalaikan dan merosakkan.

    Islam meraikan karya seni dan keindahan tetapi seharusnya ia menjadi wasilah mendidik, menenangkan jiwa dan menyebarkan nilai murni bukan sebaliknya.

    Sumber: FB Dr Zulkifli Hasan

    MENARIK:  ‘Dah Agak Tempat Terakhir’ – Illa Sabry Kecewa Persembahan Minggu Pertama Tak Memuaskan, Hilang 19 Kilogram Berat Badan Sebab ‘Stres’

    The post Menteri Agama Tegur Lirik Lagu Berunsur Lucah – ‘Karya Seni Sewajarnya Disampaikan Dengan Adab & Nilai Murni’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah