27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peguam Sahkan Syida Melvin Fail Cerai Terhadap Suami – ‘Dia Failkan Disember Tahun Lalu’

    Shopee Sale

    Tiada angin, tiada ribut, pelakon Syida Melvin dilaporkan memfailkan cerai terhadap suami, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember lalu.

    Artikel Berkaitan: Syida Melvin Kongsi Situasi Percutian Di Jakarta, Pilih Duduk Diam Tak Keluar Rumah – ‘Demonstrasi Depa Memang Luar Biasa’

    Artikel Berkaitan: Kecoh Anak Syida Melvin Dilarang Masuk Butik, Ini Respon Tuan Kedai – ‘Lain Butik Lain Peraturan’

    Syida fail cerai

    Berdasarkan laporan mStar, perkara berkenaan telah disahkan oleh peguam yang mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah.

    Menurut Nurul Jamaliah, prosiding berkenaan rumah tangga mereka sedang berjalan di mahkamah.

    Syida yang failkan cerai pada Disember tahun lalu, tapi sebutan pertama baru dijalankan pada 2 April lalu.

    Menurut Nurul Jamaliah, sebelum ini perbicaraan kes pernah ditangguhkan berikutan ada usaha pendamaian di antara mereka.

    Kalau ikutkan perbicaraan pernah ditangguhkan sekali kerana dengan niat ingin berdamai tetapi Syida nekad untuk teruskan (penceraian) juga.

    Sekadar rekod, pemilik nama Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, itu mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.

    MENARIK:  Kisah Hidup Soloz Difilemkan dalam Movie E-Sports Pertama Malaysia, Soloz: Game Of Life!

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang zuriat iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa. 

    Sumber: mStar

    The post Peguam Sahkan Syida Melvin Fail Cerai Terhadap Suami – ‘Dia Failkan Disember Tahun Lalu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah