31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mayat Tanpa Kaki dan Tangan Ditemui dalam Tong Dram, Misteri Bau Busuk Terbongkar!

    Shopee Sale



    Pihak polis di India menemui mayat seorang wanita warga emas tanpa kaki dan tangan yang disorok di dalam tong dram berhampiran KR Puram pada petang Ahad.

    Mayat dalam tong dram

    Memetik laporan India Today, mayat mangsa yang berusia 65 tahun itu hanya terbongkar selepas penduduk setempat menghidu bau busuk dari tong dram terbabit. Susulan daripada itu, mereka tampil membuat laporan polis. Difahamkan, turut ditemui adalah cebisan mayat mangsa yang berterabur di satu kawasan berdekatan rumah terbiar.

    Hasil siasatan awal mendapati, tubuh badan mangsa telah dikerat kepada beberapa bahagian dan tangan serta kaki mangsa dipercayai dibuang suspek di tempat lain. Sementara, bahagian badan mangsa diletakkan di dalam tong dram terbabit.

    MENARIK:  Zarina Anjoulie Berjanji Memberi Khidmat Terbaik Sebagai DJ Radio Janda Sendu

    Menurut sumber, mangsa tinggal bersama anak perempuannya di sebuah flat berdekatan dengan lokasi kejadian. Siasatan lanjut berhubung kes pembunuhan ini masih dijalankan dan pihak polis kini giat mengenal pasti identiti suspek.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah