32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shima Anuar Hilang Sabar, Dakwa Empat Pembantu Rumah Buat Kerja Sambil Lewa – ‘Anak Keluar Sampai Ke Pagar Seorang Diri’

    Shopee Sale

    Pelakon Shima meluahkan rasa berang apabila empat orang pembantu rumahnya dipercayai bersikap sambil lewa ketika bekerja.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Dedah Pembantu Rumah & Tukang Kebun Buat ‘Projek’ Di Rumah – ‘Ini Bukan Aib’

    Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Tak Pernah Percaya Pembantu Rumah – ‘Walau Terlepas Job Beratus Ribu Pun, Yang Penting Anak-Anak Bawah Jagaan Saya’

    Sambil lewa

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story sebentar tadi, Shima atau nama lengkapnya Noor Hashimah Anuar, 34, berkongsi mesej perbualan bersama pembantu rumahnya menerusi aplikasi WhatsApp.

    Menurut Shima, dia kesal dengan sikap pembantu rumahnya itu yang disifatkan pemalas. 

    Daripada empat pembantu rumah, sekarang semuanya hilang. Baguslah. Daripada aku stres boleh sakit jiwa dengan perangai masing-masing. 

    Bila dilayan baik, semua naik lemak. Buat kerja sambal lewa. Semua benda nak ditegur, disuruh. Bukan sekali dua.

    Keselamatan anak

    View this post on Instagram

    A post shared by Shima Anuar (@shimaanuar)

    Dalam masa sama, Shima turut memuat naik rakaman litar tertutup (CCTV) yang memaparkan dia sedang menegur mereka kerana mendapati anak bongsunya berada di pintu pagar sendirian tanpa pengawasan.

    Kejadian sebelum ini, saya keluar ambil Sophia dan Mikhael (anak) balik sekolah. 

    Harris keluar dah sampai pagar seorang diri. Kau rasa aku tak naik hantu (marah) ke? Ada pembantu rumah ramai-ramai pun tak guna.

    Sekadar info, Shima mendirikan rumah tangga bersama usahawan Mohd Solih Toha pada April 2017.

    MENARIK:  NIVEA Rai Peminat Dengan Kempen Beli & Menang, Peluang Terbaik Raih Tiket Ke 2026 CNBLUE Live World Tour ‘3LOGY’

    Selain Harris, pasangan ini turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Marian Sophia, 6, dan Mikhael Iman, 5.

    Sumber: IG Shima Anuar

    The post Shima Anuar Hilang Sabar, Dakwa Empat Pembantu Rumah Buat Kerja Sambil Lewa – ‘Anak Keluar Sampai Ke Pagar Seorang Diri’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah