33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Marsha Milan Dinobat Sebagai Juara, Nadeera Zaini Cipta Kejutan Raih Tempat Kedua AJL39

    Shopee Sale



    Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39) yang diadakan secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad baru saja melabuhkan tirainya sebentar tadi.

    Tahniah!

    Pada malam yang penuh berprestij itu tadi, lagu ‘Hening Rindu’ ciptaan komposer terkenal, Ikhwan Fattana dan Wan Salleh yang dinyanyikan oleh Marsha telah dinobatkan sebagai juara pada AJL39 sekaligus menewaskan sembilan lagu karya yang bertanding.

    Untuk kemenangan itu, Marsha membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.

    Selepas dinobatkan sebagai pemenang, Marsha menzahirkan rasa syukur sambil menitiskan air mata di atas pentas.

    Alhamdulillah, terima kasih Allah, keluarga dan semua yang terlibat.

    Naib Juara & Tempat Ketiga

    Sementara itu, naib juara AJL39 dimenangi oleh Nadeera Zaini menerusi lagu ‘Bukan Lagi Kita’ yang telah membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

    Manakala lagu ‘Saksama’ yang dinyanyikan kumpulan Akim & The Majistret dinobatkan sebagai pemenang ketiga dan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi AJL39.

    Persembahan Terbaik

    Menarik dan lain dari yang lain! Itulah yang boleh digambarkan bagi persembahan daripada penyanyi Aina Abdul yang bertemakan ala-ala ‘Sains Biologi  bagi lagu ‘Puas Sudah’.

    MENARIK:  [VIDEO] Shiha Zikir Dedah Restoran Nasi Ayam Kena Gangguan Sihir, Kerap Mimpi Dibelit Ular Warna Hitam

    Persembahan yang begitu menarik dan memukau itu berjaya mencuri hati peminat sekaligus meraih Anugerah Persembahan Terbaik AJL39.

    Untuk anugerah itu, lagu ‘Puas Sudah’ telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 berserta trofi AJL39.

    Vokal Terbaik

    Meskipun edisi AJL39 kali ini menunjukkan persaingan sengit daripada barisan penyanyi hebat, itu tidak menghalang penyanyi Ernie Zakri untuk dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 39 menerusi lagunya yang bertajuk ‘Aura’.

    Kehebatan vokal dan kemerduan suara Ernie sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila nyanyiannya malam ini mendapat pujian ramai.

    Kemenangan itu membolehkan Ernie membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 berserta trofi AJL39.

    Kami di mengucapkan tahniah buat semua pemenang dan finalis AJL39 tahun ini!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah