28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mandi Wajib Lepas Subuh Waktu Puasa? Jangan Keliru, Baca Ni Dulu

    Shopee Sale

    Timbul persoalan dalam kalangan ramai mengenai hukum melewatkan mandi wajib selepas bersama isteri pada malam Ramadan sehingga selepas azan Subuh.

    Artikel Berkaitan: Panduan Praktikal Mandi Junub, Ikut Turutan

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Mandi Wajib Tapi Rambut Berminyak

    Hukum mandi wajib selepas subuh semasa bulan puasa

    Memetik dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, umat Islam yang melewatkan mandi wajib selepas bersama dengan isteri pada malam Ramadan sehingga terbit fajar tidak membatalkan puasa menurut pandangan majoriti ulama.

    Pun begitu, perlu tahu perbuatan melewatkan mandi wajib adalah sehingga selepas azan Subuh adalah makruh.

    Ulama menegaskan bahawa sunat bersegera mandi wajib sebelum terbit fajar bagi memastikan ibadah puasa dilaksanakan dalam keadaan suci.

    MENARIK:  Maleeq Dragster Diiktiraf Malaysia Book Of Records, Raih 14 Kejuaraan Dalam Sukan Pushbike

    Dalilnya seperti yang disebut dalam kitab Bulugh al-Maram, daripada Saidatina Aisyah R.anha:

    أَنَّ اَلنَّبِيَّ – صلى اللّه عليه وسلم -كَانَ يُصْبِحُ جُنُبًا مِنْ جِمَاعٍ, ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

    Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW pernah bangun pagi dalam keadaan berjunub akibat jima’ (pada malamnya), lalu Baginda mandi (wajib) dan (meneruskan) berpuasa.

    Hadis Muttafaqun ‘alaih

    Menurut ulama, hadis ini jelas menunjukkan bahawa puasa tetap sah walaupun mandi wajib dilakukan selepas subuh, kerana perkara ini tidak membatalkan puasa.

    Pandangan ini turut disokong dalam kitab al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab (6/307-308).

    Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

    The post Mandi Wajib Lepas Subuh Waktu Puasa? Jangan Keliru, Baca Ni Dulu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah