33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Liyana Jasmay Tegur Peniaga Kantin, Dakwa Berlaku Kes Keracunan Makanan Di Sekolah Anak – ‘Jangan Hanya Fikirkan Duit’

    Shopee Sale



    Penyanyi dan pelakon, Liyana Jasmay tampil bersuara mengenai isu remaja dan kanak-kanak meninggal dunia kerana disyaki keracunan makanan, baru-baru ini.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Makin Lama Makin Hitam, Macam Orang Kampung,’ – Liyana Jasmay Tak Kisah Kena ‘Face Shaming’

    Artikel berkaitan: 16 Jam Tak Tidur Sebab Shooting, Netizen Puji Liyana Jasmay ‘Post’ Video Makan Burger Tanpa Filter

    Teguran kepada peniaga kantin sekolah

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Liyana memberi teguran kepada peniaga di kantin sekolah untuk menitikberatkan kebersihan dalam penyediaan makanan.

    Kepada peniaga kantin sekolah, janganlah ambil mudah tentang makanan yang awak jual pada anak-anak kami.

    Ada sesetengah ibu bapa ada masa masak hari-hari untuk anak tapi ada ibu bapa yang kerja tak sempat, maka kalau anda berniaga, berniaga dengan baik dan jujur!

    Bukan kasi makanan rosak pada anak kami dan biar lalat hinggap makanan! Ada la rasa tanggungjawab!

    Dalam pada itu, Liyana turut mendedahkan terdapat kes keracunan yang berlaku di sekolah anak perempuannya.

    Eh saya tak boleh la! Sebab tiga minggu lepas sekolah anak perempuan saya pun ada kes makanan rosak dan cirit birit semua kanak-kanak muntah!

    Ibu kepada dua orang anak perempuan ini juga mempersoalkan tentang pemilihan pekerja yang diberikan tender untuk mengendalikan makanan di kantin sekolah.

    Apa nak jadi dengan orang yang dapat tender untuk menyediakan makanan di kantin sekolah? Awak upah mana-mana pekerja yang pengotor dan tak ada langsung etika bekerja dalam F&B!

    Awak nak tender, buat betul-betul! Jangan hanya fikirkan duit tanpa ambil kira penyediaan makanan untuk kanak-kanak!

    MENARIK:  [VIDEO] Majlis Persandingan Qawiy Raih Pujian, Netizen Kagum Baju Isteri Longgar & Solekan ‘Simple’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah