Pelawak, Mamat Sepah memaklumkan dia sedar akan komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap kedai makannya, Sepah Penyet yang diusahakan bersama rakan baiknya, Shuib.
Artikel Berkaitan: Isteri Tamatkan Kerjaya Polis Selepas 20 Tahun Berkhidmat, Mamat Sepah Akui Bukan Keputusan Mudah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kecam Mamat Menyampuk Syamsul Debat Dalam Podcast – ‘Tak Kena Tempat, Dia Bukan Calang-Calang Jemputan’
Tidak baik

Ketika ditemui , pemilik nama Mohd Noor Murad, 40, berkata dia tidak mengambil serius terhadap komen yang diberikan.
Malah, Mamat beranggapan ia dilakukan semata-mata untuk tujuan klik umpan (clickbait) bagi menaikkan nama atau laman seseorang.
Saya tahu mengenai perkara itu. Ia dikeluarkan oleh satu laman hiburan di mana dia ambil komen itu dan jadikan sebagai tajuk utama artikel.
Perkara itu tidak baik. Kedai tidak terkesan sangat dengan komen begitu. Alhamdulillah jualan sangat baik.
Saya beranggapan mereka nak buat konten untuk page mereka.
Setakat ini, Sepah Penyet tidak pernah dapat aduan teruk. Kalau dari segi perkhidmatan ada, seperti makanan lambat tiba.
Komen negatif

Sementara itu, Mamat berkata kebanyakan komen negatif datang daripada mereka yang tidak pernah pun mencuba makanan di kedainya.
Netizen punya kata-kata kita tidak boleh buat apa. Bila mereka komen seperti makanan tidak sedap dan sebagainya tapi sebenarnya mereka tidak datang ke kedai.
Bila saya periksa di kedai yang buat aduan (netizen komen-komen negatif) tu tidak datang ke kedai pun.
Saya panggil food review ramai dan memang dah maklumkan mereka boleh bagi ulasan jujur.
Setakat ini yang datang semua kata makanan okay.
Sementara itu, Mamat berkata dia teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya komen negatif itu dibuat bertujuan untuk menjejaskan sumber rezekinya.
Terdahulu, tular di media sosial seorang individu tampil memberi komen terhadap makanan dan perkhidmatan di Sepah Penyet.
Individu tersebut mendakwa bahawa makanan di kedai itu agak overrated, manakala perkhidmatan yang diberikan sangat teruk sehingga hanya diberikan penilaian 1 daripada 10.
The post Mamat Sepah Tidak Terasa Hati Sepah Penyet Kena Kritik – ‘Setakat Ini Food Review Datang Kata Makanan Okay’ first appeared on OHBULAN!.





