29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Mama Bangga Walaupun Ammar Kayu’ – Shahida Sebak Lihat Perubahan Anak, Semakin Berani Depan Kamera

    Shopee Sale

    Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida, meluahkan rasa sebak dan terharu melihat perkembangan anaknya, Ammar Ahyan yang kini semakin berani untuk tampil di hadapan orang ramai.

    Artikel Berkaitan: Shahida Bangga Ammar Ahyan Menyanyi Depan Orang Ramai – ‘Yang Penting Yakin, Suara Nombor Dua’

    Artikel Berkaitan: Ammar Ahyyan Dapat Lesen ‘P’, Aliff Syukri Dah ‘Order’ Kereta Sebagai Hadiah

    ‘Jujurnya sebak dan gembira’

    View this post on Instagram

    A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

    Menerusi satu hantaran di Instagram, Nur Shahida mengakui tidak menyangka perubahan besar yang berlaku kepada anak lelakinya itu. 

    Menurutnya, Ammar sebelum ini seorang yang sangat pemalu, tidak gemar berada di hadapan kamera dan lebih selesa menyendiri.

    Namun sejak kebelakangan ini, Ammar dilihat semakin yakin berinteraksi di hadapan kamera.

    Jujurnya sebak dan gembira melihat anak membesar, dulu masa Ammar kecil saya selalu terfikir macam mana Ammar ni nak ke depan, dia tak suka kamera, tak nak ke depan, tapi siapalah kita menidakkan percaturan Allah.

    Tambah Nur Shahida lagi, sebagai ibu, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya tanpa mendesak atau memaksa mereka menjadi seseorang yang bukan diri mereka. 

    Rahsia Allah yang kita tak tahu, budak introvert yang selalu kena bising ni akhirnya boleh ke depan. Mama bangga la dengan Ammar walaupun Ammar kayu.

    Pada Ahad lalu, Ammar mengejutkan ramai apabila tampil membuat persembahan nyanyian di pentas Talk To My Manager.

    MENARIK:  ‘Belajar Tinggi Mana Pun Tetap Kena Masuk Dapur’

    Sumber: Shahida

    The post ‘Mama Bangga Walaupun Ammar Kayu’ – Shahida Sebak Lihat Perubahan Anak, Semakin Berani Depan Kamera first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah