32.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Belajar Tinggi Mana Pun Tetap Kena Masuk Dapur’

    Shopee Sale

    Gelagat pelakon Rozita Che Wan bersama anak bongsunya Aaisyah Dhia Rana, di dapur menyorot perhatian warganet.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nauzubillah, Ramai Selebriti Sanggup Jadi Model Tudung Bukan Sebab Allah Tapi Bayaran’ – Rozita Che Wan

    MENARIK:  Amy Nur Tinie Pernah Ditawar Jadi Isteri Ketiga ‘Datuk’ – ‘Saya Rela Kerja Siang Malam Demi Rezeki Halal’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Teruja ‘First Time’ Tengok Rozita Che Wan Tanpa Solekan & Filter – ‘Kalah Anak Dara!’

    Nasihat Che Ta

    " data-video-id="7516775842995784978" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @rozitachewan1

    Masa utk jadi org gaji mak dia🤣🤣🤣🤣 . Melentur buloh biaqlah dari rebungnya .. kan uolssssss . Nampak mcm twin plk bila mak dgn anak pakai kaftan kt dapoq ni 🤪 #kaftancheta #rcw #rozitachewan #cheta #aaisyahdhiarana #masak

    ♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta bersama Aaisyah dilihat sedang menyediakan bahan-bahan untuk memasak.

    Dalam masa yang sama, aktres berusia 52 tahun itu menasihati anaknya supaya menguasai kemahiran memasak.

    Masa cuti sekolah macam inilah awak kena duduk dekat dapur belajar masak.

    Belajar tinggi mana pun tetap kena masuk dapur.

    Manalah tahu kalau jadi isteri nanti takkan nak minta tolong mak awak suruh masak?

    Selain itu, Che Ta juga menitipkan pesan kepada Aaisyah agar menjadi seorang wanita bekerjaya meskipun memiliki pasangan hidup yang dilimpahi dengan kemewahan.

    Suami kalau kaya macam mana pun, perempuan tetap kena pandai cari duit.

    Komen netizen

    View this post on Instagram

    A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet setuju dengan cara didikan Che Ta kepada anak perempuannya itu dan boleh dijadikan contoh untuk ibu bapa.

    Yang ini memang betul, kaya macam mana pun kita mesti kena pandai cari duit sendiri dan berdikari. Campak ke mana pun boleh hidup.

    Saya memang minat Che Ta kalau ajar anak dia, nasihat untuk masa depan Aaisyah juga.

    Sekarang tolong kupas bawang, dua tiga tahun lagi Aaisyah dah boleh masak.

    Saya setuju, anak-anak kena ajar kemahiran asas memasak, tak kisah lelaki atau perempuan.

    Bagus Che Ta fahamkan anak tu, lama-lama nanti mudah untuk dewasakan Aaisyah.

    Sumber: TikTok Rozita Che Wan

    The post ‘Belajar Tinggi Mana Pun Tetap Kena Masuk Dapur’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah