31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mak Cik Rokiah, Peminat Tegar Anuar Zain Sejak Era 80-an Hadir Ke ‘Konsert Healing Nite 2026’

    Shopee Sale

    Seorang warga emas mencuri tumpuan pada malam Healing Nite 2026 apabila hadir ke konsert itu bagi menyaksikan persembahan daripada penyanyi, Anuar Zain.

    Kejutan buat Mak Cik Rokiah di Healing Nite 2026

    Wanita berusia 80 tahun yang dikenali sebagai Mak Cik Rokiah membuktikan bahawa muzik mempunyai kuasa ‘penyembuhan’ yang luar biasa. 

    Walaupun kini mula menunjukkan tanda-tanda dementia, memorinya terhadap penyanyi kesayangan, Anuar Zain, tetap utuh dan tidak pernah luntur.

    Difahamkan, Mak Cik Rokiah telah mengikuti perkembangan kerjaya Anuar Zain sejak penyanyi itu bergelar bintang kanak-kanak pada awal 1980-an lagi. 

    Pihak keluarga menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur atas kejutan istimewa yang diberikan, sekali gus mencipta satu kenangan manis buat mereka sekeluarga.

    Healing Nite 2026 yang merupakan anjuran Kembar Nusantara Sdn Bhd dengan kerjasama Creative Page (Produksi) dan Yumeca Sdn Bhd (Strategi & Pemasaran) dihadiri oleh 20,000 penonton di Stadium Merdeka.

    MENARIK:  Zehra Zambri Bakal Failkan Cerai ‘Fast Track’ Terhadap Suami Dalam Masa Terdekat?

    Selain Anuar Zain, Healing Nite 2026 turut menampilkan Ella dan Dayang Nurfaizah, selain penampilan khas bintang Indonesia, Lyodra serta Kangen Band.

    Menurut Herman Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Yumeca Sdn Bhd, objektif utama mereka adalah untuk mengubah persepsi hiburan.

    Healing Nite bukan sekadar konsert, tetapi pesta keraian menikmati muzik sebagai proses terapeutik.

    Kami mahu tunjukkan bahawa muzik bukanlah sesuatu yang ‘keras’ atau negatif jika dianjurkan dengan penuh berhemah dan berkonsep.

    Pengunjung tidak hanya disajikan dengan lagu, tetapi juga pengalaman gaya hidup eksklusif termasuk disediakan spa di dalam stadium, sajiaan melayu daripada LADO, kopi premium dari Coffee Bean dan Cartel Coffeeshop, serta pelbagai menu menarik seperti Ahmad Fried Chicken, Crackohut, Peti Dessert, dan NachosLah.

    The post Mak Cik Rokiah, Peminat Tegar Anuar Zain Sejak Era 80-an Hadir Ke ‘Konsert Healing Nite 2026’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah