Maestro muzik terkenal, Datuk M. Nasir mengakui pelakon dan penyanyi Aliff Aziz mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjayakan watak Sultan Mansur Shah di dalam teater muzikal arahannya iaitu Mansur & Liu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puisi & Dendangan Lagu ‘Di Balik Cermin Mimpi’ Dari M. Nasir Gemakan Himpunan Solidariti Gaza
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz Respon Dakwaan ‘Digam’ Stesen TV – ‘Sekiranya Ada Tentulah Saya Sedih’
Pemilihan Aliff

Ketika ditemui , M. Nasir, 68, memaklumkan bahawa Aliff memiliki kualiti lakonan serta nyanyian yang sangat baik, sekaligus melayakkannya menjadi teruju utama teater berkenaan.
Dalam nada berseloroh, M.Nasir berkata, pelakon yang berasal dari Kota Singa tersebut dipilih menerajui pementasan itu salah satunya adalah kerana ketampanan wajah yang dimiliki.
Kalau tanya kenapa saya pilih Aliff, itu kami ada sebab-sebab kami sendirilah.
Tapi kalau kita tengok daripada persembahan mereka ketika uji bakat, mereka memang sangat sesuai dengan watak ini.
Kenapa saya pilih Aliff? Kerana dia adalah pelakon kedua paling tampan di Malaysia.
Walau bagaimanapun, M.Nasir menjelaskan bahawa Aliff tetap menjalani proses uji bakat seperti pelakon-pelakon lain dan pemilihan dibuat selepas penilaian sepenuhnya.
Ramai pelakon berbakat tetapi tidak memenuhi semua kriteria, terutama dari segi nyanyian.
Sebab itu saya memang kena cerewet. Bukan perangai saya cerewet, tetapi memang perlu. Kalau tidak nanti kita menyesal.
Sudah tentu akan ada orang yang tidak puas hati, tetapi kami cuba mencari pelakon yang paling hampir dengan watak yang kami bayangkan dan Aliff adalah orangnya.
Pertama kali menggalas tugas sebagai pengarah teater, M.Nasir mengakui bukan mudah mencari seorang pelakon yang mempunyai pakej lengkap untuk membawa sesuatu watak di dalam pementasan muzikal.
Bagi saya nak cari pelakon muzikal sangat susah, kerana kita tidak dilatih untuk begitu. Ada penyanyi tidak dilatih untuk jadi pelakon, ada pelakon tidak dilatih untuk jadi penyanyi.
Tapi kalau seseorang itu memiliki kedua-duanya dan kemahiran muzikal, jadi kita akan ada satu budaya yang boleh mengasah bakat mereka untuk membuat persembahan.
Budaya itu sudah ada contohnya dalam seni Bangsawan, Mak Yong dan sebagainya, di mana pelakon mesti menyanyi tetapi di dalam dunia moden pelakon tidak begitu tertumpu untuk menjadi penyanyi.
Ramai pelakon yang boleh menyanyi tetapi menyanyi secara muzikal ada kelainannya.
Mengulas lanjut, M.Nasir mendedahkan karya tersebut sudah dihasilkan kira-kira enam tahun lalu yang diilhamkan dari kisah Hikayat Melayu Lama oleh Tun Sri Lanang semasa membaca buku audio Sulalatus Salatin.
Selain Aliff, teater muzikal terbitan Roman Abadi dan Icon Entertainment ini turut dibintangi oleh Melinda Dadew, Amerul Affendi, Hazama, Sherry Alhadad, Taqim Zaki, Brian Chan, Fadhli Masoot dan ramai lagi.
Untuk info, pementasan akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 10 hingga 20 September ini. Dapatkan tiket anda di dan harga tiket adalah seperti berikut:
Stalls (Balairung Utama)
- A1 – RM388
- A2 – RM408
- A3 – RM388
- A4 – RM368
- A5 – RM388
- A6 – RM368
Grand Circle (Anjung Bendahara)
- B1 – RM268
- B2 – RM308
- B3 – RM268
Upper Circle (Anjung Rakyat)
- C1 – RM88
- C2 – RM128
- C3 – RM88
The post M.Nasir Yakin Aliff Aziz Miliki Kriteria Lengkap Jayakan Teater ‘Mansur & Liu’ – ‘Dia Pelakon Kedua Paling Tampan Di Malaysia’ first appeared on OHBULAN!.





