27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Warga emas ditemui meninggal dunia dalam gua

    Shopee Sale

    Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam gua berhampiran sebuah resort di Kampung Pulai, Gua Musang, malam tadi.

    Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Che Razak Harun, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.41 malam sebelum 13 anggota bersama dua jentera dan dua kenderaan pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi.

    Katanya sebaik tiba pada jam 9.57 malam, anggota bomba menemukan mangsa berusia lingkungan 70-an dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam gua.

    MENARIK:  Restoran minta maaf berhubung komen terhadap 'type C'

    “Anggota bomba menggunakan pengusung dan lampu untuk membawa keluar mangsa sebelum pegawai Kementerian Kesihatan mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Che Razak berkata mayat lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.48 malam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah